spot_img
spot_img

PM tiba di Jeddah bagi lawatan rasmi

spot_img

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Jeddah bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi mengadakan lawatan rasmi atas undangan Kerajaan Arab Saudi.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook berkata, ketibaannya disambut Gabenor Jeddah, Yang Mulia Putera Saud Bin Abdullah Bin Jalawi Al Saud.

Turut sama dalam lawatan itu adalah Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

- Advertisement -

“Lawatan ini akan memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk membincangkan isu-isu dan kerjasama sedia ada di samping meneroka pelbagai bentuk kerjasama baharu.

“Semoga lawatan ini akan terus memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara, insya-Allah,” katanya di sini hari ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img