spot_img
spot_img

Bank Islam kerjasama dengan MESINKIRA bantu usahawan mikro mendigitalkan bisnes

spot_img

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) mengikat kerjasama dengan MESINKIRA Sdn Bhd (MESINKIRA) untuk mengguna pakai penyelesaian pengurusan perniagaan mudah alih bersepadu yang menyeluruh. Perkongsian itu bertujuan untuk menyokong usahawan mikro yang tidak mempunyai kemudahan bank dalam mendigitalkan operasi perniagaan mereka.

Usahawan mikro yang akan mendapat manfaat daripada kerjasama tersebut adalah pelanggan pembiayaan mikro Bank Islam di bawah Program iTEKAD.

Mohd Nazri Chik, Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan Kumpulan Bank Islam, memeterai perkongsian itu bagi pihak Bank. MESINKIRA diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Omar Syed Abu Bakar Almohdzar. Noor Farilla Abdullah, Ketua Pegawai Digital Kumpulan Bank Islam dan Nurullasyikin Ahmad, Ketua Pegawai Pengalaman MESINKIRA, menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut.

- Advertisement -

Melalui perkongsian ini, Bank Islam akan terus memupuk usahawan mikro yang tidak mempunyai kemudahan bank untuk mempuyai sistem tersusun dengan menggunakan aplikasi mudah alih MESINKIRA, membolehkan usahawan mikro merekodkan jualan mereka secara digital, menerima pembayaranm, inventori, perbelanjaan perniagaan dan simpan kira yang akhirnya menjana penyata kewangan perniagaan mereka dengan betul pada masa hadapan.

Sebaliknya, Bank Islam akan memanfaatkan penyelesaian platform digital MESINKIRA untuk menilai prestasi usahawan mikro dengan lebih baik dan menganalisis keberkesanan program pembiayaan mikro dalam mewujudkan mobiliti menaik di kalangan usahawan mikro.

- Advertisement -

Penyelesaian bersepadu MESINKIRA juga memperkasakan usahawan mikro untuk berurusan tanpa tunai dan menerima bentuk pembayaran digital dengan selamat, seperti kad, pembayaran digital, Near Field Communication (NFC) dan e-Dompet. Fungsi simpan kira bersepadu yang dikaitkan dengan akaun semasa perniagaan juga memberikan penyelesaian yang menyuluruh untuk usahawan mikro bagi meningkatkan kepercayaan kredit dalam usaha untuk mendigitalkan perniagaan supaya lebih teratur.

Mohd Nazri Chik berkata, “Strategi perniagaan lima tahun Bank Islam menyasarkan untuk menjadi penyedia penyelesaian kewangan menyeluruh Syariah-ESG yang terulung dengan perbankan digital dan kepimpinan kewangan sosial menjelang 2025. Kami terus melibatkan diri dengan usahawan mikro yang kurang bank di lapangan dan melihat halangan di kalangan mereka, terutamanya dalam celik kewangan. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan MESINKIRA untuk menyediakan ekosistem yang inklusif kepada segmen yang kurang mendapat perhatian pihak bank ini.

“Perkongsian ini akan menyediakan peluang pertumbuhan untuk usahawan mikro dan membantu mereka menjadi celik kewangan. Usaha itu sejajar dengan komitmen Bank Islam untuk mewujudkan impak sosial, di mana kami menyokong ekonomi sebenar dan memupuk mobiliti menaik komuniti melalui ekosistem keusahawanan dan kewangan sosial.”

Syed Omar Almohdzar berkata, “Kerjasama kami dengan Bank Islam bertujuan untuk menangani celik kewangan dan, pada masa yang sama, menambah baik rangkuman kewangan bagi segmen usahawan mikro yang tidak mempunyai bank. Alat inovatif MESINKIRA akan mengurangkan kos dan meluaskan akses kepada produk kewangan, membolehkan perniagaan ini berkembang dan berkembang maju. MESINKIRA meningkatkan lagi pendapatan bersih usahawan mikro dan, yang lebih penting, membina kepercayaan kredit yang lebih baik kepada ekosistem ini.

Kami meramalkan kerjasama yang berkesan dengan Bank Islam untuk membina ekosistem yang lebih inklusif yang sesuai dengan keperluan khusus pasaran sasaran kami, meningkatkan KDNK dan selaras dengan inisiatif kerajaan ke arah membantu segmen yang kurang mendapat perkhidmatan.”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img