spot_img
spot_img

Pasar Ramadhan Rahmah dan baucer RM20 e-wallet di Johor

spot_img

JOHOR BARU: Johor akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menganjurkan bazar Rahmah pada bulan Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor Lee Ting Han berkata program itu akan diadakan di enam daerah di negeri ini dan 12,000 pengunjung akan mendapat baucar e-wallet RM20.

Menurut Lee, pengunjung akan dapat menikmati diskaun sehingga 30% bagi barangan. Beberapa daerah yang terlibat ialah Johor Bharu, Kluang, Segamat, dan Batu Pahat.

- Advertisement -

Tambah Lee, program itu berbeza dengan Bazar Rakyat Agro Johor (BRAJ) yang sedang berlangsung diterajui Agensi Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Beliau berkata kementerian juga akan aktif menggandakan pemeriksaan harga sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan peniaga menjual barangan keperluan harian pada harga biasa.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Luar Bandar Johor Datuk Zahari Sarip berkata kerajaan negeri juga akan menggandakan program Bazar Rakyat daripada 30 lokasi sekarang kepada 60 lokasi sepanjang Ramadan.

- Advertisement -

“Kami kini mempunyai kira-kira 500 peniaga di 30 lokasi di 10 daerah menjalankan program itu sehingga Jun.

“Kami menjangkakan jumlahnya akan meningkat dua kali ganda sepanjang Ramadan supaya lebih ramai mendapat manfaat daripada inisiatif itu,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img