spot_img
spot_img

Keputusan pemilihan UMNO memantapkan parti dalam mengharungi PRN dan PRU16

spot_img

PWTC : Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani muncul sebagai dua muka baharu Naib Presiden UMNO setelah masing-masing menang pemilihan parti itu semalam.

Empat calon lagi Naib Presiden iaitu Datuk Seri Azalina Othman, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hasni Mohammad, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Penyandang).

- Advertisement -

(Mereka yang bertanding Naib Presiden UMNO)

Hingga pagi ini, dijangka dua menteri dan tiga timbalan menteri merupakan antara 25 calon yang dijangka menang perebutan jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung semalam.

Ini adalah adalah kedudukan 25 teratas bagi Ahli MT (berdasarakan sumber Utusan Malaysia jam 830 pagi) :

- Advertisement -

1- Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

2- Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

3- Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

4- Datuk Seri Ahmad Maslan

5- Datuk Seri Bung Mokhtar Radin

6- Datuk Seri Azeez Abdul Rahim

7- Datuk Ahmad Jazlan Yaakob

8- Datuk Azian Osman

9- Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin

10- Datuk Dr Ir Shaik Hussein Mydin

11- Datuk Mohd Razlan Rafii

12- Datuk Seri Dr Md Alwi Che Ahmad

13- Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin

14- Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

15- Datuk Zahida Zarik Khan

16- Datuk Johan Abd Aziz

17- Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

18-Datuk Seri Dr Ahmad Said

19- Datuk Seri Jamil Khir Baharom

20- Isham Jalil

21- Datuk Abdul Razak Abdul Rahman

22- Datuk Seri Jalaludin Alias

23- Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan

24- Datuk Lokman Adam

25- Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Manakala Pemilihan UMNO Kedah mencipta keunikan dengan menyaksikan seorang pemimpin membuat kemunculan semula dan tiga nama baharu serta tiga ‘naik pangkat’ daripada timbalan kepada ketua UMNO bahagian.

Pemimpin yang membuat kemunculan semula adalah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah apabila menang jawatan Ketua Bahagian UMNO Alor Setar setelah menewaskan lawannya, Zambri Mat yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Dalam pada itu, anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mohd. Nazifuddin Najib antara tiga muka baharu yang memenangi jawatan ketua UMNO bahagian di Kedah dalam pemilihan parti itu, semalam.

Kemenangan Mohd. Nazifuddin sebagai Ketua UMNO Bahagian Langkawi sekali gus menjadikannya bergelar ketua UMNO bahagian termuda di Kedah bagi penggal terbaharu ini.

(Ketua UMNO Bahagian Langkawi Mohd Nazifuddin)

Selain beliau, dua muka baharu yang menang ketua UMNO bahagian ialah di Merbok (Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin) dan Sik (Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim).

Sementara itu, tiga pemimpin ‘naik pangkat’ daripada Timbalan kepada Ketua UMNO Bahagian iaitu Kubang Pasu (Datuk Aminuddin Omar), Kuala Kedah (Datuk Muthalib Harun) dan Shaiful Hazizy di Merbuk.

Sembilan pemimpin kekal jawatan Ketua UMNO Bahagian iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Datuk Muhar Hussain dan Datuk Syed Ali Syed Rastan yang masing-masing mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Baling, Kulim Bandar Baharu serta Pokok Sena.

Berita Tular cuba mendapatkan komen berkenaan keputusan pemilihan UMNO dari parti gabungan kerajaan iaitu PKR dan DAP. Ada suara menyatakan PKR dan DAP sengaja mengadakan perhimpunan parti masing-masing supaya pemilihan UMNO tidak dilihat sebagai suatu acara penting bagi arena politik negara dan kerajaan semasa.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img