NEW YORK, 18 Mac — Pengasas Huawei Technologies Co Ltd berkata bahawa syarikat itu telah menggantikan lebih 13,000 alat ganti dalam produknya yang dikatakan punca menyebabkan produknya dikenakan sekatan perdagangan AS, menurut transkrip ucapan yang disiarkan pada hari Jumaat oleh universiti China.
Menurut transkrip yang disiarkan oleh Universiti Jiao Tong Shanghai, pengasas Huawei Ren Zhengfei berkata Huawei sejak tiga tahun lalu telah menggantikan 13,000 komponen dengan pengganti domestik dari China dan telah mereka bentuk semula 4,000 papan litar untuk produknya dan berkata pengeluaran papan litar telah “stabil” pengeluarannya.
Kenyataan itu, yang tidak dapat disahkan oleh Reuters secara bebas, namun mungkin boleh memberikan peluang kepada usaha Huawei untuk bangkit daripada sekatan perdagangan AS. Sejak 2019, Huawei, pembekal utama peralatan yang digunakan dalam rangkaian telekomunikasi 5G, telah menjadi sasaran kawalan eksport AS.
Kawalan tersebut memotong kedua-dua bekalan cip Huawei daripada syarikat AS dan aksesnya kepada alatan teknologi AS untuk mereka bentuk cipnya sendiri dan mengarahkan syarikat AS mengeluarkan HuaWei dari menjadi rakan kongsi mereka. Pentadbiran Biden tahun lalu juga melarang penjualan peralatan Huawei baharu di AS.
Ren membuat kenyataan itu dalam ceramah dengan pakar teknologi China pada 24 Februari lalu, kata universiti itu. Universiti itu menyiarkan transkrip itu di laman webnya pada hari Jumaat lepas. Seorang wakil Huawei yang berpangkalan di AS tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas akan perkara ini.
Ren berkata Huawei melabur AS$23.8 bilion (RM106.7 bilion) dalam R&D pada 2022, dan “apabila keuntungan kami bertambah baik, kami akan terus meningkatkan perbelanjaan R&D.”
Laporan itu datang selepas penganalisis berkata bahawa Huawei mempamerkan peralatan telekomunikasi 5G pada persidangan industri di Barcelona di mana semua cip pada papan litarnya tidak didedahkan asal usulnya.