KOTA BHARU: Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dilantik semula sebagai Pengerusi Felcra selepas ditangguhkan sebelum ini.
Perkara tersebut diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.
Pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang itu disambut tepukan gemuruh daripada tetamu yang hadir ke majlis tersebut.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penangguhan pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra.