Seorang usahawan muda Australia yang memperoleh $100,000 dalam masa enam minggu telah memberi inspirasi di sebalik memulakan perniagaan menjual pengecas telefon tanpa kabel yang pertama di negara itu.
Bailey Page, 22, ialah pencipta, pengasas dan pengarah Zip Zap Chargers. Satu-satunya kabel pengecas mudah alih – tanpa kabel di Australia untuk Iphone, Ipad dan Ipod.
Minat Page terhadap pengecas tanpa kabel bermula pada tahun 2020 selepas keluar malam bersama beberapa rakan.
Sewaktu ingin memesan e-hailing Uber, telefonnya kehabisan bateri, dan memaksanya berjalan kaki balik ke rumah.
Page mencari dalam online untuk pengecas bateri tanpa kabel, yang mudah di bawa ke mana sahaja pada keesokan harinya tetapi apabila dia tidak menemui apa yang dia cari, dia memutuskan untuk membuatnya sendiri.
Lelaki berusia 20 tahun itu menggunakan semua simpanannya, kira-kira $40,000, dan bekerja bersama pengeluar dari laman web e-dagang Alibaba selama sembilan bulan untuk membangunkan produknya.
Dia membangunkan pengecas tanpa kabel dengan rekabentuk unik untuk menghubungkan pengecas itu dengan telefon.
Pengguna menggunakan kabel hanya untuk mengecas semula peranti mudah alih itu sebelum digunakan. Ia mengambil masa kira-kira 2 jam untuk dicaskan.
Page bermula dengan 200 Pengecas Zip Zap yang habis dijual dalam masa dua minggu selepas dilancarkan kepada rakan dan keluarga pada Ogos, 2021.
Bulan berikutnya, Page telah dijemput untuk mempromosikan produknya dalam segmen di rancangan pagi Sunrise dan berjaya menjual lebih daripada 1,500 unit di seluruh Australia.
Dalam tempoh enam minggu usahawan muda itu memperoleh lebih daripada $100,000 dan mencapai matlamatnya untuk menjual 2,000 pengecas pada tahun itu.
Page dapat mengembangkan perniagaannya walaupun berada di tahun terakhir dalam ijazah Ekonomi Hartanah dan Pembinaan Pembangunan Bandar di Universiti Teknologi Queensland.
Beliau menambah terdapat ‘stigma negatif’ untuk memulakan perniagaan sebagai orang muda tetapi menasihatkan usahawan baru untuk ‘berusaha’ sahaja.
‘Saya sentiasa menggalakkan orang muda untuk mencuba. Anda perlu meletakkan rancangan di atas kertas. Ia sentiasa baik untuk mendapatkan nasihat pihak ke 3 untuk melihat lebih dalam dan memberi anda maklum balas.
‘Anda tidak boleh gagal dengan bermula dan halangan terbesar sebenarnya ialah untuk bermula.’
Zip Zap Chargers ialah naib juara 2022 dalam Generation Innovation – sebuah program yang mencabar usahawan muda berumur antara 15 dan 25 tahun untuk memulakan perniagaan mereka sendiri.
Sehingga kini perniagaan itu telah menjual sekitar 6,500 pengecas dan berharap untuk berkembang ke pasaran antarabangsa.