spot_img
spot_img

Firma UAE beli syarikat induk TikTok

spot_img

BENGALURU: Firma kecerdasan buatan (AI) yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), G42 mengambil alih pegangan lebih AS$100 juta (RM448.29 juta) dalam ByteDance, dengan memberi penilaian syarikat pemilik tidak tersenarai TikTok di China itu pada AS$220 bilion (RM986.25 juta), lapor Bloomberg News pada hari Selasa, dengan memetik sumber.

G42, yang dikawal oleh Sheikh Tahnoon Zayed al-Nahyan, yang juga Penasihat Keselamatan Negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), membeli pegangan itu daripada pelabur sedia ada dalam beberapa bulan kebelakangan ini melalui 42XFundnya, kata laporan itu.


(Sheikh Tahnoon Zayed al-Nahyan)

- Advertisement -

Laporan itu turut menambah bahawa satu lagi dana turut membeli ByteDance pada AS$225 bilion tidak lama selepas itu.

Penilaian AS$220 bilion syarikat itu adalah diskaun yang besar kepada penilaian AS$300 bilion yang ditetapkan semasa program pembelian balik saham tahun lalu.

Ia juga lebih rendah berbanding penilaian antara AS$300 bilion dan AS$400 bilion yang diterimanya dalam pasaran sekunder pada 2021.

- Advertisement -

Kedua-dua pihak, 42XFund dan ByteDance tidak segera membalas permintaan Reuters untuk mendapatkan komen.

Bloomberg sebelum ini melaporkan bahawa TikTok, aplikasi video pendek ByteDance, sedang mempertimbangkan untuk berpisah daripada induknya untuk membantu menangani kebimbangan Amerika Syarikat (AS) mengenai risiko keselamatan negara.

Ia berdepan serangan meningkat terhadap kebimbangan bahawa data pengguna boleh berakhir dalam tangan kerajaan China, menjejaskan kepentingan keselamatan Barat.

 

 

sumber : Berita Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img