spot_img
spot_img

MARA akan terus bantu usahawan tanpa mengira latar belakang politik

spot_img

PUTRAJAYA, 14 Mac — Program bimbingan dan pembiayaan perniagaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertujuan melahirkan usahawan Bumiputera dijalankan tanpa sebarang pertimbangan kepada gabungan parti (politik), kata Pengerusi MARA baharu Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

(Datuk Asyraf Wajdi Dusuki)

- Advertisement -

Bekas Ketua Pemuda Umno itu yang dilantik sebagai pengerusi MARA ke-32 pada 10 Mac lalu berkata MARA tidak mengamalkan konsep tapisan sedemikian dan akan memastikan semua program dan inisiatif MARA dinikmati golongan sasar.

“Sejak penubuhannya, MARA tidak pernah pilih kasih. Apabila saya berada di MARA, saya akan meneruskan tradisi ini kerana apa yang penting kita mahu memastikan matlamat membangunkan modal insan dan usahawan tercapai.

“Ini semua untuk anak-anak kita, jangan tengok parti (politik),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pembangunan Usahawan Teknikal Solar (Prosolar), di sini, hari ini.

- Advertisement -

Asyraf Wajdi juga berminat menggunakan pengalamannya dalam bidang perbankan dan kewangan Islam untuk membantu MARA beralih kepada sistem pembiayaan yang lebih cekap yang tidak melibatkan kos tinggi.

Dalam catatan Facebook semalam, Asyraf Wajdi menulis hasratnya untuk membantu MARA memperkenalkan sistem pembiayaan yang lebih cekap yang tidak melibatkan kos tinggi serta mematuhi kehendak Syariah tidak lama lagi.

Mengenai Prosolar, beliau berkata ia diwujudkan sebagai program berstruktur yang memberi pendedahan, latihan dan bimbingan kepada usahawan dalam pelbagai industri tenaga boleh diperbaharui.

Seramai 20 peserta akan dipilih menyertai fasa pertama program tersebut sebelum melangkah ke fasa seterusnya bagi mencapai sasaran melahirkan 120 peserta.

 

Sumber : Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img