KUALA LUMPUR, 13 Mac —Adun Larkin Mohd Hairi Mad Shah memenangi jawatan naib ketua Pemuda Umno dengan majoriti tiga undi sahaja, menurut Pengerusi jawatankuasa pemilihan Umno Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook, Shahri berkata Hairi memperoleh 87 undi, menewaskan peserta terdekatnya Ikmal Hazlan Ikmal Hisham yang mendapat 84 undi.
“Kemenangan Hairi ditentukan pada pukul 12 tengah hari selepas kami menerima undian terakhir,” kata Shahrir.
Hairi juga merupakan exco kerajaan negeri Johor bagi belia, sukan, pembangunan usahawan, koperasi dan sumber manusia.
Jawatan ketua Pemuda Umno disandang Muhammad Akmal Salleh, yang menang selesa dengan 119 undi, berbanding 50 undi pencabar terdekatnya, Mohd Shahar Abdullah. Beliau merupakan seorang doktor, berusia 34 tahun, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Melaka,
(Dr Muhammad Akmal Salleh – Ketua Pemuda UMNO)
Di peringkat Wanita, Datuk Noraini Ahmad berjaya mempertahankan jawatannya sebagai ketua Wanita, manakala Norliza Abdul Rahim turut mempertahankan jawatannya sebagai naib ketua Wanita.
(Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi – Ketua Puteri UMNO yang baru)
Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi memenangi jawatan Ketua Puteri Umno, manakala Siti Sokhleha Nordin menjadi naib ketua sayap.