Kuala Lumpur : Senjata yang sangat berkesan menjatuhkan seseorang ahli politik, adalah melalui pendakwaan di mahkamah. Semuanya akan dibogelkan semasa perbicaraan dan ‘dihukum’ oleh gambaran media, lalu mencetuskan persepsi terhadap rakyat. Rakyat Malaysia telah memberikan jawapan, mereka menolak mana-mana pemimpin politik yang menjadi kluster mahkamah. UMNO adalah sebuah parti politik yang dimusnahkan oleh kaedah begini. Adalah Bersatu akan menerima nasib yang sama dan mampu mengharunginya sebagai parti yang baharu ?
Senjata Kembali Makan Tuan
Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md. Yasin,76, didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menyalahgunakan kedudukan tersebut untuk mendapatkan suapan berjumlah RM232,500,000 bagi parti tersebut. Perbuatan itu didakwa dilakukan di antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 di Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya,
Beliau juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pengubahan wang haram yang berjumlah RM195 juta.
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM2 juta selepas mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram.
Hakim Azura Alwi menetapkan demikian selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat. Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu pasport perlu diserahkan kepada mahkamah dan lapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang berdekatan.
Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Mei ini.
Secara ringkasnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa dengan empat pertuduhan rasuah dan dua pertuduhan pengubahan wang haram, menjadikan beliau bekas perdana menteri kedua yang didakwa dan dimasukkan ke kandang mahkamah atas tuduhan meminta rasuah dan menggelapkan dana awam.
Penafian dan Sokongan
Episod yang sama rakyat Malaysia akan disajikan sama seperti perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mereka yang mempunyai kepentingan akan berdiri kukuh dibelakang pemimpin mereka. Ahli-ahli politik bawahan masing-masing akan berdebat dan menyajikan ‘fakta’ bahawa ini semua adalah kes pendakwaan politik; parti mereka perjuangan suci.
Integriti
Adakah ahli parlimen Pagoh akan meletakkan jawatan sebagai Presiden Bersatu dan Pengerusi PN ?
Senjata ‘letak jawatan’ jika ada kes mahkamah dilaungkan dengan kuat oleh PN terhadap Ahmad Zahid semasa PRU14. Bekas Ketua Penerangan Bersatu dan juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan membuktikan beliau walk the talk. Najib juga.
Siapakah akan mengambil alih kepimpinan PN ? Kekuatan PN adalah PAS. Untuk menyelamatkan PN, PAS perlu dibarisan hadapan.
Untuk skop yang lebih kecil, iaitu Presidensi Parti Bersatu, supaya parti itu terus kekal, Presiden harus dipilih dari kepimpinan yang neutral. Tidak dimusuhi oleh mana-mana parti. Supaya Bersatu dapat bernafas semula. Tetapi pemimpin yang neutral atau pemimpin baru tidak mempunyai pengaruh dan kekuatan kewangan. Inilah cabaran buat Bersatu di mana pemimpin mereka banyak ‘diimport’ dari parti lain, yang menimbulkan sentimen ‘kebencian’ dari parti asal pemimpin tersebut atau sentimen ‘pengkhianatan’.
Kesimpulan
Tun Dr Mahathir adalah politikus dan negarawan yang hebat.
Pandangan dan Pendapat Meja Pengarang tidak menggambarkan pendirian Berita Tular
foto : Utusan Malaysia