Seorang wanita terkejut gembira apabila menemui sebutir berlian di dalam telur rebus yang dimakannya.
Wanita yang dikenali sebagai Sally Thomson, 39 mengalami kejadian tersebut selepas berebus biji telur untuk menu sarapannya.
Dia mengatakan pada mulanya ia merasakan sesuatu di dalam mulut dan dia akhirnya terperanjat apabila mendapati ia adalah sebutir belian halus.
Pakar mengatakan berlian itu mungkin dimakan oleh ayam dan kemudian berpindah ke telur.
Wanita yang berasal dari Carlisle itu berkata, “Saya cuba menurunkan berat badan sebelum melangsungkan perkahwinan dengan memakan telur sahaja selama beberapa hari.”
“Saya merebus enam biji dan memakan satu daripadanya apabila merasakan sesuatu yang keras di dalam mulut. Saya mengeluarkannya di atas pinggan dan terkejut kerana ia berkilauan sebelum dapat mengesahkan sendiri ia berlian.”