PETALING JAYA: Malayan Banking Bhd (Maybank) melantik Alan Lau Chee Kheong sebagai ketua pegawai operasi kumpulan (COO), berkuat kuasa 1 April 2023.
Bank itu berkata Lau akan melaporkan kepada presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan, Datuk Khairussaleh Ramli.
“Lau kini merupakan ketua pegawai pematuhan kumpulan (chief compliance officer) dan dalam peranan baharunya, beliau dijangka menyelia segmen perindustrian secara keseluruhan termasuk operasi transaksi seperti perdagangan, kredit dan perbendaharaan, serta fokus kepada interaksi pelanggan (customer service). Ia merupakan tugas kritikal untuk menyokong rancangan strategi utama Maybank” kata sumber Maybank dalam satu kenyataan kepada Bernama