spot_img
spot_img

Ismail Sabri mahu bukti RoS luluskan tiada pertandingan jawatan tertinggi UMNO

spot_img

KUALA LUMPUR: “Minta dia (Ahmad Zahid) tunjuk surat RoS itu, elok juga kalau boleh tunjukkan (surat) sebab ada dua laporan media berbeza. Saya pun baca laporan media juga”, kata Datuk Seri Ismail Sabri yang dipetik dari laporan Berita Harian.

Malam tadi, Ahmad Zahid memaklumkan UMNO sudah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengesahkan RoS menerima resolusi parti itu iaitu tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

RoS lulus 2 jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan

- Advertisement -

Timbalan Perdana Menteri itu menyatakan perkembangan terbaru itu diterima menerusi surat daripada KDN (Kementerian Dalam Negeri) semalam.

Bagaimanapun, sebuah portal berita dan whatsapp tular melaporkan RoS yang selesai menjalankan siasatan berhubung aduan diterima daripada dua ahli UMNO, memutuskan usul tambahan terbabit tidak sah. Namun sumber tular portal dan whatsapp terbabit bagaimanapun tidak memetik mana-mana individu atau sumber mengesahkan RoS masih belum meluluskan tiada pertandingan ke atas dua jawatan tertinggi UMNO itu.

Pada 20 Januari lalu, dua ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom menghantar aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan pada PAU 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti kali ini. Muhammad Aizat Fikri mendakwa atur cara mengemukakan usul tambahan itu tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan UMNO serta peraturan persidangan bahagian dan cawangan.

- Advertisement -

Ismail Sabri yang juga bekas Perdana Menteri turut menggesa RoS membuat keputusan segera bagi menentukan sama ada keputusan PAU itu sah atau tidak sebelum pemilihan parti pada 18 Mac ini untuk memberi laluan kepada ramai calon lain bertanding merebut dua jawatan tertinggi UMNO termasuk mereka yang sudah mengumumkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden jika tindakan UMNO itu menyalahi perlembagaannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img