spot_img
spot_img

Bidaan barang kemas secara digital oleh Institut Koperasi Malaysia

spot_img

KUALA LUMPUR: Institut Koperasi Malaysia (IKMa) melancarkan Program Pengukuhan Digital Koperasi – Teknologi e-lelong Koperasi Alternatif Dagangan (CODE-TeKAD), sistem lelongan barang kemas atas talian yang dijangka boleh memberi pulangan lebih baik kepada koperasi.

Pembangunan sistem tersebut bagi membantu koperasi yang terlibat dalam aktiviti perniagaan Ar-Rahnu untuk menjual barang kemas di platform yang dianggarkan mempunyai capaian sehingga 1.5 juta pembida.

Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd. Ali Mansor berkata, sebanyak 20 koperasi telah berada di platform tersebut di peringkat permulaan ini dan jumlah tersebut dijangka meningkat sehingga dua kali ganda menjelang hujung tahun ini.

- Advertisement -

Katanya, platform itu membolehkan koperasi-koperasi membuat lelongan kepada pelanggan atau pembida barangan kemas atau barangan emas Ar-Rahnu di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

“Sasaran kita adalah kepada koperasi lain yang terlibat dengan program Ar-Rahnu untuk turut sama berada di platform ini. Buat masa ini terdapat 487 koperasi yang menjalankan perniagaan Ar-Rahnu.

“Sistem ini memberikan kemudahan kepada koperasi untuk membuat lelongan dan memberi peluang kepada ahli yang lebih ramai untuk membuat bidaan dalam platform tersebut,” katanya pada majlis pelancaran CODE-TeKAD di sini, hari ini.

- Advertisement -

Tambahnya, sistem tersebut akan dilaksanakan oleh Pusat Perundingan IKMa dengan kerjasama Suruhajaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (ANGKASA).

Apabila ditanya mengenai kegiatan penipuan jualan barang kemas atas talian yang banyak berlaku ketika ini, beliau berkata, sungguhpun sistem tersebut menggunakan bidaan atas talian, tetapi penjualan masih dilakukan secara fizikal.

“Malahan, koperasi yang berada di platform ini juga adalah yang bertanggungjawab dan dipantau di bawah SKM berbanding syarikat-syarikat di luar sana.

“Kami tertakluk di bawah Akta Koperasi dan tidak semudah itu untuk berlaku penipuan dalam kalangan ahli,” ujarnya.

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img