spot_img
spot_img

SPRM mahu lanjutkan reman terhadap Bendahari Bersatu

spot_img

KUALA LUMPUR, 2 Mac ― Bendahari Bersatu Datuk Mohd Salleh Bajuri ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu urusan berkaitan dana partinya. Sumber menyatakan beliau ditahan semalam dan SPRM mahu melanjutkan tahanan reman lagi terhadap suspek yang direman.

Menurut laporan, Salleh ditahan reman semalam dan akan ditahan selama dua hari.

Sumber dari Bersatu tetap menyatakan  kes yang disiasat ini adalah penganiayaan politik semata-mata oleh mereka yang berniat mencemarkan Bersatu dan Perikatan Nasional.

- Advertisement -

“Reman tamat esok dan dia sepatutnya dibebaskan esok, bagaimanapun, kami diberitahu SPRM sedang cuba mendapatkan reman lagi untuk beberapa hari lagi,” The Star memetik sumber melaporkan hari ini.

SPRM telah membekukan akaun bank Bersatu pada Februari untuk memudahkan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Difahamkan, akaun terbabit dibekukan sebagai sebahagian daripada siasatan SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dalam penggunaan dana awam bernilai RM600 bilion untuk pandemik Covid-19 oleh pentadbiran terdahulu di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan presiden Bersatu.

- Advertisement -

Minggu lepas, 2 ahli perniagaan yang dikaitkan dengan Presiden Bersatu itu telah didakwa di mahkamah termasuk bekas Ketua Penerangannya yang juga ahli parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img