spot_img
spot_img

Banjir di Johor semakin buruk, hujan lebat dijangka berterusan hingga hari ini

spot_img

Johor Bahru: Beberapa jalan di Johor kini tidak dapat dilalui akibat banjir, dan jumlah mangsa meningkat, mengikut laporan pihak berkuasa.

Dilihat banyak pihak-pihak kerajaan dan swasta membantu mangsa-mangsa banjir di Johor.

Pihak berkuasa juga telah menerima banyak mesej SOS daripada mereka yang memerlukan bantuan untuk meninggalkan kediaman mereka yang dinaiki air, terutama mereka yang berada di pekan Chaah di Labis, yang berdekatan dengan DUN Ayer Hitam.

- Advertisement -

Cabaran paling utama ialah anyak jalan raya kini tidak dapat dilalui dan ini menyukarkan usaha bantuan menghantar barangan makanan dan bantuan kepada mangsa.

Di Ayer Hitam, mereka mempunyai lima pusat pemindahan yang telah dibuka dan kini dihadiri ratusan keluarga dan lebih 1,000 mangsa banjir.

Ahli Parlimennya semasa perbahasan di Parlimen semalam, Dr Wee Ka Siong menyeru rakyat Malaysia untuk membantu dan sama-sama berdoa memohon perlindungan dan keselamatan buat mangsa banjir. Beliau akan terus memantau keadaan banjir dan melakukan yang terbaik untuk membantu mereka yang terjejas di kawasannya.

- Advertisement -

Menurut jawatankuasa pengurusan bencana Johor, 7,981 orang daripada 2,286 keluarga telah dipindahkan di Segamat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Baru dan Kulai setakat 5 petang semalam.

Terdapat juga laporan penutupan jalan-jalan utama yang menghubungkan Chaah, Tenang, Yong Peng, dan Labis akibat peningkatan paras air.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan lebat dijangka berterusan di Johor sehingga hari ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img