spot_img
spot_img

Elon Musk disaman pemegang sahamnya

spot_img

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, California 1 Mac : Elon Musk serta kesemua entiti syarikat telah dihadapkan ke mahkamah dengan tuntutan tindakan kelas sekuriti hari ini oleh pemegang saham yang menuduh defendan memperkecilkan risiko keselamatan dan kawal selia teknologi Autopilot dan Pemanduan Sendiri (FSD) pembuat EV.

Menurut laporan Reuters, tuntutan mahkamah itu difailkan di mahkamah persekutuan San Francisco dan diketuai oleh Thomas Lamontagne, pemegang saham Tesla. Saman itu mendakwa bahawa Tesla menipu pemegang saham selama empat tahun dengan kenyataan palsu dan mengelirukan berkaitan teknologi yang “menyebabkan risiko kemalangan dan kecederaan yang serius.”

Mereka berkata harga saham Tesla jatuh beberapa kali apabila kemalangan itu berlaku, menunjukkan penyiasatan oleh Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) yang menyiasat kes Autopilot Tesla itu.

- Advertisement -

Terbaru, harga saham Tesla turun 5.7% pada 16 Februari selepas NHTSA mengarahkan penarikan balik hampir 363,000 kenderaan Tesla yang dilengkapi perisian FSD Beta syarikat yang boleh menyebabkan kemalangan semasa beroperasi.

“Akibat daripada perbuatan (keputusan) salah dan jaminan defendan (tetapi berlaku kemalangan), dan penurunan mendadak dalam nilai pasaran saham syarikat, plaintif dan pemegang saham kelas lain telah mengalami kerugian dan kerosakan yang ketara,” kata aduan itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img