spot_img
spot_img

Sumbangan Tunai Rahmah boleh dipohon sekarang hingga 31 Mac

spot_img

PUTRAJAYA (1 Mac): Individu yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mengemukakan permohonan dan mengemas kini maklumat mereka dalam talian mulai sekarang hingga 31 Mac, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

“Ini bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan boleh mengemukakan permohonan masing-masing, selain membenarkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat membuat kemas kini,” katanya dalam satu kenyataan.

Semasa pembentangan Bajet 2023 Jumaat lalu (24 Feb), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan berkata STR 2023 akan membantu mengurangkan beban kos sara hidup hampir sembilan juta penerima, melibatkan peruntukan sebanyak hampir RM8 bilion.

- Advertisement -

Pada 16 Jan, Anwar mengumumkan bahawa fasa pertama bantuan untuk 8.7 juta orang dalam kumpulan pendapatan isi rumah 40% terbawah bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun penerima berdaftar secara berperingkat mulai 17 Jan.

Pembayaran STR dibuat mengikut kategori, dengan empat juta isi rumah menerima RM300 setiap seorang, manakala 1.2 juta warga emas tanpa pasangan dan 3.5 juta individu bujang masing-masing menerima RM100.

Pemohon boleh merujuk kepada soalan lazim di portal rasmi STR di https://bantuantunnai.hasil.gov.my untuk maklumat lanjut.

- Advertisement -

MOF berkata, data penerima STR Fasa 1 akan dimasukkan secara automatik dalam pangkalan data kerajaan untuk mengurangkan ralat pengecualian, manakala data daripada beberapa agensi kerajaan akan disemak untuk kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.

“Kementerian juga akan mempergiatkan program bersama pemimpin masyarakat bagi memastikan bantuan itu dinikmati oleh semua rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img