spot_img
spot_img

Adakah relevan untuk UMNO dengan kemunculan semula Shahrizat ?

spot_img

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Setelah berehat dari dunia politik kerana kontroversi National Feed Lot , Wanita UMNO memerlukan perspektif baru, kata bekas Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Bercakap kepada New Straits Times, UMNO perlu memperbaharui pendekatannya dan berhubung semula dengan rakyat untuk mendapatkan semula kepercayaan mereka dan kekal relevan. Wanita Umno, tambahnya, mesti berada dalam kedudukan untuk membina kekuatannya.

Shahrizat mengakui jentera UMNO masih lagi hebat walaupun dalam suasana politik sekarang ini. Beliau yang mencalonkan dirinya kali ini untuk bertanding sebagai Ketua Wanita UMNO menggambarkan dirinya akan membawa Wanita ke arah visi untuk membina kekuatan dan bukannya meneruskan perjalanan dengan status quo.

- Advertisement -

Shahrizat akan mencabar penyandangnya iaitu Datuk Seri Noraini Ahmad yang juga akan mempertahankan jawatan itu.

Beliau juga mendedahkan bahawa ahli Wanita Umno datang menemuinya kira-kira setahun lalu, memintanya mempertimbangkan semula persaraan politiknya. Beliau melahirkan kebimbangan mengenai kepimpinan Wanita kerana tiada wakil dari Wanita UMNO dalam kabinet selepas PRu15 lalu. Katanya, Wanita kini hanya berharap kepada Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said.

Tetapi pada masa yang sama, Shahrizat mengambil jalan selamat dengan enggan mengulas prestasi Noraini sebagai ketua sayap itu. Beliau bertanding untuk memperkuatkan Wanita UMNO, bukan meruntuhkan kerja pemimpin Wanita lain katanya.

- Advertisement -

Umno kini sedang mengadakan pemilihan parti dalaman untuk semua 191 bahagian dan 22,000 cawangan di seluruh negara.

Penyandang jawatan baharu parti itu akan dipilih dari 1 Februari hingga 18 Mac. Bagaimanapun, jawatan presiden dan timbalan presiden tidak akan dipertandingkan kali ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img