spot_img
spot_img

Libatkan pemain industri vape dalam kaedah percukaian kelak

spot_img

PETALING JAYA: Dewan Perniagaan Vape Malaysia (MVCC) menyeru kerajaan untuk mengadakan perbincangan dengan industri mengenai rangka kerja kawal selia dan percukaian serta dasar Penamat Generasi atau Generational End Game (GEG) sebelum membuat sebarang keputusan muktamad seperti yang disuarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2023 di parlimen minggu lalu.

Setiausaha Agung MVCC, Ridhwan Rosli berkata, MVCC percaya kerajaan mengambil langkah yang betul untuk memperkenalkan rangka kerja kawal selia dan percukaian ke atas industri vape.

- Advertisement -

(Ridhwan Rosli)

Bagaimanapun, ujarnya, peraturan dan kadar cukai perlu diseimbangkan memandangkan ia akan memberi kesan kepada pemain industri tempatan.

Tetapi katanya, MVCC tidak bersetuju dengan cadangan GEG kerana ia akan mengharamkan produk vape dalam jangka masa panjang dan akan memberi kesan kepada perniagaan tempatan di Malaysia yang kini bernilai RM2.49 bilion.

- Advertisement -

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan meneliti cukai produk vape dan juga menyatakan sokongan terhadap dasar GEG.

Bagaimanapun, tiada butiran yang diumumkan mengenai kadar cukai serta tarikh permulaan selain tiada butiran mengenai peraturan tersebut.

Sementara itu, Malaysian Vapers Alliance (MVA) kecewa kerana kerajaan menyatakan sokongan terhadap cadangan Generational Endgame (GEG).

Presidennya, Khairil Azizi Khairuddin berkata, MVA percaya cadangan GEG adalah tidak produktif dan akan mewujudkan persepsi yang tidak tepat bahawa vape dan rokok adalah sama.

“Selain menghantar mesej yang salah kepada beribu-ribu bekas perokok yang beralih kepada vape sebagai cara untuk berhenti merokok, ia juga akan menghalang perokok semasa daripada beralih kepada alternatif yang kurang berbahaya.

Khairil mendakwa ada banyak bukti saintifik bebas di seluruh dunia telah membuktikan bahawa walaupun vape mempunyai risiko kesihatan, risiko tersebut jauh lebih rendah berbanding dengan menghisap rokok.

(Khairil Azizi Khairuddin)

“Selain itu, vape juga telah berjaya membantu ramai perokok untuk berhenti menghisap rokok. Negara seperti United Kingdom dan New Zealand juga telah menyokong vape sebagai produk yang kurang berbahaya berbanding rokok.

“Semua sains dan bukti ini tidak boleh diabaikan dan MVA menggesa kerajaan membuat penilaian menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan lanjut mengenai perkara ini,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img