spot_img
spot_img

Hospital Antarabangsa KL bakal dibina dengan kos RM860 juta

spot_img

PETALING JAYA: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan kerjasama KL Wellness City bakal membuka Hospital Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIH) dengan nilai pelaburan RM860 juta.

MIDA dan KL Wellness City dalam satu kenyataan bersama memaklumkan, hospital swasta berkenaan dijadualkan beroperasi pada suku pertama 2026 dengan lebih 3,000 peluang pekerja bakal ditawarkan.

- Advertisement -

Hospital yang dilengkapi 624 katil dengan potensi penambahan sehingga 1,000 katil itu akan menawarkan ekosistem perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menyeluruh dan bersepadu, termasuk kemudahan kesihatan dan kecergasan.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Arham Abdul Rahman berkata, MIDA optimis projek KLIH bakal memberi manfaat ekonomi yang positif kepada negara dari segi penciptaan pekerja berkualiti tinggi di mana 95 peratusnya disediakan buat rakyat Malaysia.

Ujarnya, ia termasuk 460 pakar perubatan dan doktor, 1,972 jururawat, dan 278 profesional kesihatan bersekutu seperti ahli fisioterapi, juru radiografi, ahli teknologi perubatan, ahli farmasi dan juruteknik.

- Advertisement -

“Ia juga akan meningkatkan penawaran untuk penjagaan kesihatan dan kepakaran perubatan yang berkualiti dan secara dasarnya, perkembangan ini akan menyumbang ke arah menjadikan Malaysia hab pelancongan kesihatan di rantau ini.

“Hospital ini juga akan dilengkapi teknologi canggih dan alatan perubatan terkini yang merangkumi 22 bilik bedah (termasuk Angio Hibrid dan MRI OT), pembedahan robotik, 3T MRI, 512 CT, makmal Biplane dan Single Plane Cath, MRI Linac dan unit Hyperbaric,” katanya.

Untuk Rekod, kerajaan melalui MIDA memberikan insentif kepada sektor penjagaan kesihatan, termasuk potongan cukai dan sokongan bagi hospital terpilih, untuk menjadikannya lebih berdaya saing pada peringkat serantau dan lebih menarik kepada para pelabur.

Setakat ini, MIDA telah meluluskan insentif kepada 86 fasiliti penjagaan kesihatan swasta dengan pelaburan berjumlah RM11.2 bilion, sekali gus mencipta lebih 18,000 peluang pekerjaan. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img