spot_img
spot_img

FGV jangka bawa masuk 10,000 pekerja asing

spot_img

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Berhad (FGV) menjangka membawa masuk 10,000 pekerja asing sebelum akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Nazrul Mansor berkata, Kumpulan menjangka kemasukan sebanyak 5,000 pekerja asing pada suku kedua tahun ini bagi menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja di dalam syarikat.

- Advertisement -

(Datuk Nazrul Mansor)

Kali ini FGV mahu memastikan semua pekerja asing yang masuk tidak perlu membayar yuran pengambilan dan mahu melakukan proses temuduga yang berpatutan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, seiring dengan dasar tiada yuran pengambilan FGV untuk penempatan pekerjaan, Kumpulan itu akan membayar balik kepada pekerja asing yang bekerja dan bekas pekerja selepas 27 Jun 2019 dan terpaksa membayar yuran pengambilan kepada ejen atau pihak ketiga yang lain di negara asal mereka.

- Advertisement -

“Bayaran kepada 23,333 pekerja asing kami sekarang berjumlah RM81.64 juta akan dibuat dalam tiga peringkat antara Mac dan September 2023.

“Selain itu, FGV telah mewujudkan dana terikat (sinking fund) berjumlah RM30 juta untuk membayar balik bekas pekerja yang membayar yuran pengambilan semasa bekerja dengan FGV tetapi tidak lagi bekerja dengan syarikat itu,” katanya.

Pad amasa yang sama, beliau memaklumkan bahwa bahagian perladangan kumpulan akan terus menambah baik operasinya melalui mekanisasi, program penanaman semula dan melaksanakan inisiatif pengoptimuman kos.

Mengenai larangan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (AS) ke atas produk minyak sawit FGV pula, Nazrul berkata, Kumpulan itu dijangka mengemukakan permohonan menjelang akhir suku pertama tahun ini.

Beliau berharap penggantungan Perintah Pelepasan Penahanan yang dikenakan terhadap Kumpulan itu dua tahun lalu, ditarik balik menjelang akhir tahun.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img