spot_img
spot_img

Pharmaniaga rugi RM600juta akibat stok vaksin yang tidak terjual

spot_img

KUALA LUMPUR (27 Feb): Pharmaniaga Bhd mengumumkan kerugian bersih suku tahunan terbesarnya sebanyak RM664.39 juta, atau 49.19 sen sesaham, pada suku keempat berakhir 31 Dis 2022 (4QFY2022) akibat daripada kemerosotan nilai RM552.3 juta daripada vaksin Covid-19.

Sementara itu, lembaga pengarahnya mengumumkan bahawa Pharmaniaga telah menjadi (syarikat) penerbit tersenarai terjejas di bawah Nota Amalan 17 (PN17) berdasarkan Perenggan 2.1(a) PN17 telah diumumkan dalam penyata kewangan syarikat yang diaudit untuk tempoh berakhir 31 Dis, 2022.

“Sebagai mematuhi keperluan inventori MFRS102, kumpulan itu membuat pengunguman berkenaan inventori yang bergerak perlahan pada vaksin Covid-19 (terkumpul) sebanyak RM552.3 juta,” kata Pharmaniaga dalam pemfailan bursa.

- Advertisement -

Hasil suku tahunan 2023, bagaimanapun, meningkat 21.22% kepada RM862.72 juta daripada RM711.72 juta setahun sebelumnya disebabkan oleh pertumbuhan pada seluruh konsesi perniagaan kumpulan, perniagaan yang bukan konsesi dan perniagaan di Indonesia akibat daripada permintaan kukuh daripada pelanggan selepas pembukaan semula aktiviti perniagaan daripada pandemik Covid-19.

Peningkatan dalam hasil itu sebahagiannya dapat diimbangi semula oleh hasil yang lebih rendah daripada penjualan vaksin Covid-19, kata kumpulan itu. Pharmaniaga juga berkata penjualan vaksin tidak bergerak adalah sebab Malaysia telah memasuki ke fasa endemik.

Penyata kewangan kumpulan pada 31 Dis, 2022, menunjukkan bahawa pinjaman jangka pendeknya, yang akan dibayar dalam tempoh enam bulan, meningkat kepada RM968.27 juta daripada RM570.05 juta tahun lalu. Pinjaman jangka panjangnya pula berjumlah RM190.6 juta berbanding RM285.17 juta sebelum ini.

- Advertisement -

Juga dilaporkan, perolehan sebelum keuntungan firma farmaseutikal itu meningkat kepada RM351.66 juta pada akhir 2022 daripada RM297.75 juta setahun lalu. Baki tunainya ialah RM52.84 juta, manakala inventorinya turun kepada RM767.26 juta daripada RM1.26 bilion setahun lalu selepas merosot nilai.

Keputusan terkini Pharmaniaga mengesahkan laporan The Edge Weekly dalam terbitan 10 Feb-23 Feb 2023 bahawa kumpulan itu mungkin mengalami kemerosotan besar-besaran disebabkan oleh ratusan juta ringgit vaksin tidak terjual yang disimpan di gudangnya.

Harga saham Pharmaniaga itu turun 15.4% pada minggu lalu untuk ditutup pada 44 sen pada hari Isnin, menjadikan permodalan pasaran sebanyak RM576.49 juta.

Menjawab perkara itu, Pharmaniaga, yang membekalkan vaksin Covid-19 dan ubat-ubatan kepada kerajaan, berkata ia kini dalam perbincangan serius dengan pelbagai pihak, sama ada dalam dan luar negara untuk melupuskan vaksin itu.

“Syarikat optimis dengan hasil yang menggalakkan daripada rundingan. Walau apa pun isu ini, kami memberi jaminan kepada semua pihak bahawa kami komited untuk mengusahakan pelan penyusunan semula, selaras dengan keperluan Bursa Malaysia dalam masa yang ditetapkan. Pelan itu akan memberi tumpuan kepada mengukuhkan kedudukan kewangan kumpulan, serta memastikan aktiviti perniagaan teras kekal berdaya maju dengan prospek pertumbuhan,” jelasnya.

Namun begitu, katanya, usaha menjual secara agresif stok vaksin Covid-19 masih berterusan memandangkan jangka hayat vaksin itu masih sah.

Di tengah-tengah pendapatan suku tahunan yang lebih lemah, Pharmaniaga merosot dengan kerugian bersih sebanyak RM607.32 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 (TK2022) berbanding RM172.15 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas apabila hasil menguncup 27% kepada RM3 .51 bilion daripada RM4.81 bilion.

Melangkah ke hadapan, Pharmaniaga berpandangan bahawa Indonesia akan menjadi pasaran penting bagi pertumbuhan masa depannya untuk meningkatkan lagi perniagaan kumpulan itu, sambil menambah bahawa ia akan terus memberi tumpuan untuk menembusi pasaran Indonesia.

“Operasi kumpulan di Indonesia terus menjadi pemacu pertumbuhan kerana ia memberikan prestasi memberangsangkan dengan menutup TK2022 dengan pertumbuhan 10% berbanding tahun sebelumnya. Di samping itu, kumpulan itu berjaya memulihkan perniagaan Indonesia daripada kerugian RM1.4 juta pada 2021 kepada keuntungan RM6.2 juta,” katanya.

Di pasaran tempatan, ia berkata kerajaan telah melanjutkan tarikh rundingan bagi perjanjian konsesi kumpulan kepada Jun 2023. “Perniagaan terus beroperasi seperti biasa sementara syarikat berada di peringkat akhir rundingan,” katanya.

“Kumpulan itu juga memberi jaminan bahawa aktiviti operasinya untuk kedua-dua perniagaan konsesi dengan Kementerian Kesihatan dan perniagaan bukan konsesi dengan sektor swasta tidak akan terganggu dan terus utuh. Syarikat komited untuk melaksanakan semua kewajipan kewangan kepada pemberi pinjaman dan institusi kewangan lain, serta merangka pelan aliran tunai yang optimum,” tambahnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img