Kuala Lumpur : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam Belanjawan 2023 di Parlimen, kerajaan mengambil pendekatan lebih progresif sebagai langkah baharu meluaskan asas cukai kepada mereka yang mempunyai kemampuan.
Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah seperti jam tangan mewah dan barangan fesyen mewah dan segala yang mewah.
Ia selaras dengan amalan antarabangsa, Perdana Menteri juga mengesyorkan bahawa kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024 pada kadar yang rendah.
“Kerajaan akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkaitan untuk meneliti perincian cadangan ini,” katanya.