spot_img
spot_img

3 juta data sulit rakyat Malaysia dimuat turun dari MySejahtera

spot_img

Parlimen 23 Februari : Fahmi Fadzil mendedahkan ada laporan menunjukkan 3 juta data daripada MySejahtera telah dimuat turun oleh pihak akaun pengurusan utama applikasi itu (Super Admin).

Beliau yang juga menteri komunikasi dan digital mengarahkan Cyber Security negara menyiasat akan perkara tersebut.

Baru-baru ini Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid telah melahirkan kebimbangan berkenaan ‘aktiviti’ mengambil data rakyat Malaysia melalui MySejahtera Apps.

- Advertisement -

Menurut laporan tersebut, orang perseorangan atau akaun Super Administrator Apps tersebut telah memuat turut data-data sulit 3 juta rakyat Malaysia. Aktiviti mencurigakan itu dimuat turun melalui beberapa Internet Protocol Address supaya tidak dikesan.

Fahmi yakin siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci oleh pihak polis dan juga Cyber Security. Laporan lengkap akan diberikan kepadanya dalam masa terdekat.

MySejahtera Apps diwajibkan ke atas semua rakyat Malaysia semasa wabak Covid19 melanda negara dari tahun 2020 hingga 2022. Banyak isu yang berkaitan dengan MySejahtera Apps seperti kos masih tidak diselesaikan hingga kini.

- Advertisement -

 

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img