spot_img
spot_img

Kes Jana Wibawa : Mana pergi RM50juta ?

spot_img

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti jejak wang RM50 juta sama ada di­gunakan semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu atau kemungkinan masuk ‘ke poket sendiri’.

Jumlah itu dikatakan dari RM300 juta dana di bawah Pakej Rangsangan Eko­nomi yang didakwa diterima Par­ti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Akaun Bersatu telah dibekukan oleh SPRM. Bagaimanapun, semakan dalam akaun yang dibekukan hanya menemukan wang RM40 juta manakala bakinya RM260 juta masih dijejaki. Pembekuan dilakukan me­ngikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Sumber daripada Utusan Malaysia menyebut, siasatan SPRM mendapati ada pihak yang ‘membelanjakan’ jumlah tertentu dana itu. Jadi, ia perlu diteliti ke mana dan tujuan wang itu digunakan.

- Advertisement -

Mengulas lanjut, kata sumber itu, kertas siasatan berke­naan hampir dilengkapkan selepas beberapa pemimpin parti itu dipanggil SPRM sebelum ini bagi memperinci setiap wang yang dibelanjakan.

“Kertas siasatan hampir siap sebelum tindakan seterusnya diambil. Dua akaun bernilai RM40 juta milik Bersatu masih dibekukan SPRM,” jelasnya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, semakan dalam akaun yang dibekukan hanya menemukan wang RM40 juta manakala bakinya RM260 juta masih dijejaki.

- Advertisement -

Pembekuan dilakukan me­ngikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img