spot_img
spot_img

Pelupusan saham IRIS dibentang ke Kabinet & mungkin dibawa ke SPRM

spot_img

SEPANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersedia membentangkan isu pelupusan saham IRIS Corporation Berhad kepada Kabinet dalam mesyuarat mingguan jemaah menteri pada Jumaat ini untuk tindakan kerajaan selanjutnya.

Isu IRIS mula ‘kecoh’ apabila ia bertindak melupuskan 80 peratus kepentingan dalam subsidiarinya yang terlibat dalam projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) sekali gus mencetuskan kebimbangan kemungkinan segala data sensitif Jabatan Imigresen Malaysia terdedah dieksploitasi pihak anasir luar.

Projek yang bernilai RM1.123 bilion itu turut disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana kontrak tersebut dianugerahkan kepada Datuk Adlan Berhan iaitu menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meraih tawaran secara rundingan terus pada 2021.

- Advertisement -

(Datuk Adlan Berhan)

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, beliau sudah pun mendengar taklimat daripada pegawai kementeriannya pada dua hari lalu berhubung isu pelupusan saham IRIS termasuk sama ada amalan IRIS bercanggah dengan urus tadbir korporat.

- Advertisement -

Justeru, beliau tidak mahu memberikan sebarang ulasan awal kerana isu pelupusan ekuiti oleh syarikat induk kepada pihak ketiga melibatkan pelbagai sudut dan kepentingan lain.

Ini ujarnya termasuk bagi melihat kemungkinan usaha penjualan saham yang amat besar itu akan memberi kesan kepada NIISe kerana ia menyimpan banyak data peribadi rakyat.

Pada masa sama, Saifuddin Nasution tidak menolak kemungkinan isu tersebut akan dibawa kepada pihak SPRM untuk menilai sama ada berlaku unsur penyelewengan korporat.

Walau bagaimanapun setakat ini jelasnya, beliau belum lagi mahu memikirkan langkah berkenaan dan akan meminta pandangan jemaah Kabinet terlebih dahulu untuk susulan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img