spot_img
spot_img

Kes Jana Wibawa : 2 lagi akan hadapi pertuduhan di JB & Shah Alam esok

spot_img

KUALA LUMPUR: Dua lagi individu akan dihadapkan ke mahkamah berhubung penyelewengan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa), pagi esok.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, kedua-dua individu terbabit yang juga ahli perniagaan akan didakwa secara berasingan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor dan Johor Bahru, Johor.

- Advertisement -

Difahamkan, individu yang didakwa di Johor Bahru, akan berdepan sekurang-kurangnya sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor yang memperoleh kerja-kerja pembinaan di bawah program Jana Wibawa.

Individu itu juga dikatakan meminta suapan 10 peratus membabitkan RM10 juta daripada nilai dua projek binaan yang diperoleh menerusi dua syarikat.

Semalam, dalam jawapan bertulis di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata beberapa senarai Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan menerusi projek di bawah Jana Wibawa membabitkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu.

- Advertisement -

Azalina dipetik sebagai berkata, sebanyak 56 projek mendapat surat terbabit sementera keseluruhan projek itu bernilai RM6.3 billion.

Program Jana Wibawa diperkenalkan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan objektif mempercepatkan pelaksanaan projek dan meningkatkan ekonomi negara semasa pandemik COVID-19.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img