spot_img
spot_img

Semua ahli parti-parti gabungan perlu menyesuaikan diri dengan jajaran baharu

spot_img

SEREMBAN: Ahli-ahli DAP di peringkat akar umbi diakui masih belum dapat menyesuaikan diri dalam senario politik politik baharu di mana Pakatan Harapan (PH) kini menjalinkan kerjasama bersama Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dalam membentuk kerajaan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, keadaan tersebut bukan hanya berlaku kepada ahli akar umbi DAP malah ia juga berlaku dalam kalangan ahli PKR, Parti Amanah Negara dan juga UMNO dari Barisan Nasional .

DAP dan UMNO merupakan musuh tradisi sejak berpuluh tahun dari kemerdekaan negara. Tetapi ianya berubah apabila keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 PH dan BN sepakat membentuk satu persefahaman, untuk bentuk kerajaan perpaduan.

- Advertisement -

Menurut menteri pengangkutan itu, DAP perlu belajar bagaimana mahu menyesuaikan diri dengan jajaran baru ini dan pada masa yang sama beliau mengakui di peringkat akar umbi DAP mungkin belum biasa, belum sesuai tetapi proses itu adalah perlu dilalui oleh ahli-ahli DAP.

“Ia mengambil masa kerana UMNO juga belum sesuai dengan kita, masing-masing perlu satu masa untuk memberikan penerangan kepada akar umbi masing-masing,” katanya kepada pemberita sewaktu berucap merasmikan Konvensyen Tahunan Kali Ke-21 DAP Negeri Sembilan di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun jajaran baharu ini dilihat sedikit merumitkan tetapi ia merupakan senario gabungan antara parti iaitu PH bersama BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang perlu difahami setiap ahli dan untuk menyesuaikan diri di kalangan ahli semua parti gabungan.

- Advertisement -

“Apapun saya mahu tegaskan, ahli-ahli parti komponen dalam PH mesti bersatu hati, supaya blok kita kekal utuh dan kuat, ini merupakan satu pengajaran dan komitmen yang perlu kita tunjukkan,” katanya lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img