London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

Kumpulan rakam mandi bogel di Jepun ditahan

spot_img

Polis Jepun telah menumpaskan kumpulan pornografi yang merakamkan beribu-ribu wanita mandi di kolam air panas di seluruh Jepun selama lebih 30 tahun.

Polis di wilayah Shizuoka telah menahan 16 lelaki dalam satu kejayaan tahanan, selepas setahun lebih penahanan ketua kumpulan perakam itu, Karin Saito, 50 tahun, lapor akhbar The Asahi Shimbun.

Saito, ditangkap pada Disember 2021, telah mengaku ada lebih daripada 12 lelaki yang katanya merakam serta berkongsi imej dan video bogel wanita mandi di kolam air panas.

- Advertisement -

Tangkapan dibuat awal bulan ini dan tertuduh termasuk eksekutif kanan syarikat, pegawai kerajaan tempatan dan seorang doktor dari Tokyo.

Mereka dituduh melanggar ordinan pencegahan gangguan, undang-undang terhadap fotografi haram dan pornografi. Mereka juga disyaki melanggar undang-undang pornografi kanak-kanak.

Saito mengaku melakukan voyeurisme di sekurang-kurangnya 100 lokasi ketika dia berusia 20 tahun.

- Advertisement -

Lelaki yang ditangkap mempelajari teknik voyeurisme daripada Saito, yang dikenali sebagai “pengintai berkarisma” dalam rangkaian, dan menggunakan teknologi canggih untuk merakam sekurang-kurangnya 10,000 wanita, kata penyiasat.

Mereka pernah merakam gambar dan video wanita di kolam air panas sambil bersembunyi beberapa ratus meter jauhnya di pergunungan.

Peralatan video dan fotografi berkualiti tinggi, termasuk kanta telefoto, digunakan oleh kumpulan itu. Lelaki itu mencipta video dan menambah sari kata kepada mereka juga.

Mereka juga akan mengadakan perhimpunan untuk menayangkan video-video yang telah dirakam.

Berita tentang penahanan telah menimbulkan kejutan kepada peminat-peminat kolam air panas di negara itu, yang menarik berjuta-juta pelancong domestik dan antarabangsa setiap tahun. Ia telah menimbulkan kebimbangan bahawa berita itu akan memberi kesan buruk kepada industri pelancongan yang bangkit semula selepas dilanda wabak Covid19.

Dengan adanya teknologi baharu, seperti pengecilan kamera, telah menyukarkan penguatkuasaan peraturan ketat fotografi haram dan larangan kamera di kolam air panas, yang dikenali sebagai onsen.

Onsen adalah budaya masyaraakt Jepun, bertujuan untuk menjadi tempat berehat sepenuhnya. Ia adalah bahagian penting dalam budaya Jepun dan pelancong asing mahu melalui pengalaman tempatan itu semasa mereka melawat Jepun, tetapi insiden seperti ini boleh menjejaskan imej itu dengan serius.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img