BEIJING: Persidangan Pendidikan Digital Sedunia membuka tirainya di Beijing telah bermula pada 13 Februari 2023, dengan menghimpunkan duta asing dan wakil pertubuhan antarabangsa dari hampir 50 negara serta canselor institusi pengajian tinggi (IPT) berprestij.
Bertema ‘Digital Transformation and Future of Education‘, acara diadakan secara hibrid itu dijadualkan berlangsung selama dua hari dan menarik penyertaan wakil dari lebih 130 negara serta wilayah.
Difahamkan, persidangan itu akan memfokus kepada topik seperti transformasi pendidikan digital, pembangunan dan pengaplikasian sumber pembelajaran digital, peningkatan literasi digital guru dan pelajar, serta tadbir urus digital pendidikan.
Sebagai rekod, platform ‘Smart Education of China‘ yang dikendalikan Kementerian Pendidikan negara ini, dapat diakses pengguna dari lebih 200 negara dan wilayah.
Setakat Jumaat lalu, platform pendidikan pintar itu telah dilayari sebanyak 6.7 bilion kali membabitkan satu bilion pelawat.
Sejak dilancarkan pada 28 Mac 2022, platform berkenaan menghimpunkan sumber peringkat sekolah rendah serta menengah, pendidikan vokasional dan pendidikan IPT.
Jendela Biz telah lama mempelopori sistem pendidikan digital atau secara online dari rumah. Lebih-lebih lagi selepas wabak Covid19 melanda negara di mana sektor pendidikan untuk anak-anak terjejas.
Dengan Tawaran Perniagaan Digital Jendela Biz; MyOnlineCikgu pemilik perniagaan digital ini akan memiliki suatu platform pendidikan yang memudahkan bagi semua peringkat pelajar dan pendidik. Jika anda adalah salah seorang bakal pemilik perniagaan digital ini, hubungi support@jendela.biz atau whatsapp 0124216051 untuk informasi lanjut.