spot_img
spot_img

RHB beri pinjaman kenderaan elektrik

spot_img

KUALA LUMPUR: RHB Banking Group terus komited menyokong pembiayaan hijau dengan menyediakan pemberian pinjaman untuk 1,000 kenderaan elektrik (EV) dan mesra alam berjumlah RM200 juta pada tahun ini.

Dalam satu kenyataan dari pihak bank tersebut, pembiayaan itu disediakan melalui kemudahan Pembiayaan Hijau RHB.

Kemudahan Pembiayaan Hijau RHB adalah sebahagian daripada Program Pembiayaan Lestari (SFP) sedia ada yang menawarkan kadar keutamaan untuk pembiayaan kenderaan ‘plug-in-hybrid’ (PHEV) dan kereta elektrik (EV) termasuk akses percuma ke rangkaian pengecasan EV awam terbesar di Malaysia.

- Advertisement -

Ia membolehkan pelanggan memiliki PHEV dan EV serendah 2.05 peratus setahun dengan ciri pengurangan prinsipal yang membolehkan penjimatan faedah atau keuntungan dengan bayaran ansuran tambahan.

Pihak bank juga melakukan promosi iaitu sehingga 31 Mac 2023, pemilik EV baharu akan menerima keahlian ChargEV percuma selama setahun yang membolehkan mereka mengecas kenderaan mereka di lebih 300 pusat pengecasan ChargeEV di seluruh negara.

- Advertisement -

Kemudahan pinjaman ini adalah sebahagian daripada program penggabungan produk pembiayaan hijau SFP kumpulan untuk pelanggan runcit dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berjumlah RM500 juta keseluruhannya.

Sebanyak RM100 juta daripada pengeluaran tersebut adalah daripada kemudahan Pembiayaan Hijau RHB untuk kenderaan hijau.

RHB menyasarkan untuk menggandakan jumlah ini dan mengagihkan RM200 juta tahun ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img