spot_img
spot_img

PM New Zealand yang terkenal semasa keganasan di masjid letak jawatan

spot_img

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern, semalam telah mengumumkan beliau akan meletak jawatan pada mampu untuk menggalas bebanan tanggungjawab sebagai pemimpin.

“Saya manusia biasa. Kita (boleh) memberi seberapa banyak yang kita mampu selagi termampu dan kemudian bila tiba masanya (kita berhenti). Dan bagi saya, sudah tiba masanya (untuk berhenti),” katanya pada mesyuarat Parti Buruh yang dipimpinnya dan berkata tidak mampu lagi untuk menggalas jawatan Perdana Menteri New Zealand untuk 4 tahun seterusnya.

Ardern menjadi perdana menteri dalam kerajaan campuran pada 2017 dan kemudian mengetuai Parti Buruh berhaluan tengah DAN mencapai kemenangan menyeluruh dalam pilihan raya tiga pada tahun 2020.

- Advertisement -

Di bawah pimpinannya, beliau mendapat pujian antarabangsa kerana mengendalikan serangan pengganas warga Australia ke atas dua masjid di New Zealand dan mengawal pandemik Covid-19 dengan baik untuk negaranya.

Tetapi populariti parti dan peribadinya, sering dirujuk sebagai “Jacindamania”, telah menurun dalam tinjauan domestik baru-baru ini di tengah-tengah peningkatan inflasi dan kebimbangan peningkatan kadar jenayah.

Dalam penampilan awam pertamanya sejak mula parlimen selepas cuti musim panas sebulan lalu, dia memberitahu pengundurannya dari jawatan Perdana Menteri dan beliau berharap untuk mencari pemimpin lain untuk meneruskan tugas sebagai PM semasa beliau rehat, “tetapi saya tidak dapat melakukannya”.

- Advertisement -

– Pilihan raya umum pada bulan Oktober –

Pilihan raya umum akan datang akan diadakan pada 14 Oktober, kata Ardern dalam pengumumannya di Napier di pantai timur negara itu.

Perdana menteri wanita itu berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai ahli parlimen di kawasannya sehingga pilihanraya umum.

Walaupun tinjauan baru-baru ini menunjukkan gabungan parti lawan akan memenangi pilihan raya, Ardern berkata itu bukan sebab beliau untuk meletak jawatan.

“Saya ingin berhenti kerana dengan pekerjaan yang istimewa ini (PM) datangnya tanggungjawab yang besar. (juga) Tanggungjawab untuk mengetahui bila anda adalah orang yang tepat untuk memimpin — dan juga apabila anda tidak.”

Ardern berkata peletakan jawatannya akan berkuat kuasa selewat-lewatnya 7 Februari, dan parti Buruh akan mengundi pemimpin baharu dalam masa tiga hari.

Timbalan Perdana Menteri Grant Robertson berkata beliau tidak akan mencalonkan namanya.

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese memuji Ardern sebagai pemimpin yang telah “menunjukkan kepada dunia bagaimana untuk memimpin dengan bijaksana dan kekuatan.”

Beliau berkata Ardern menunjukkan bahawa empati dan wawasan “adalah kualiti kepimpinan yang berkesan”.

Parti Ardern telah bergelut dengan kemerosotan kepercayaan dalam kerajaan, keadaan ekonomi yang merosot, dan pembangkang konservatif yang mula bangkit.

Tekanan pada Ardern telah tertonjol baru-baru ini, dengan Ardern menunjukkan sikap yang jarang berlaku bulan lepas apabila tanpa beliau sedari memanggil seorang ahli politik pembangkang sebagai “bodoh sombong” (arrogant prick).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img