spot_img
spot_img

Touch n’ Go harga RM23ribu

spot_img

Seorang lelaki berusia 55 tahun yang ingin membeli satu set kad Enhanced Touch n’ Go (TnG) pada harga RM32 akhirnya kerugian RM23,514 kepada scammer.

Menurut berita dari New Straits Times, Ketua Polis Pahang Pesuruhjaya Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata kejadian itu berlaku Rabu lepas apabila mangsa melihat iklan di Facebook menawarkan kad TnG yang baru pada harga murah.

Menurut ketua polis Pahang itu, penjual yang mendakwa sebagai ‘ejen sah’ menjual kad Touch n’ Go itu memberi link kepada mangsa untuk meneruskan pembelian.

- Advertisement -

“Mangsa berminat dengan tawaran pakej keluarga di mana dia boleh membeli empat unit kad TnG NFC pada harga RM32.”

“Dia mengklik pada link yang disediakan oleh ejen untuk membeli kad melalui WhatsApp,” kata Ramli.

“Dia memberikan butiran akaun banknya, termasuk nama pengguna dan kata laluan, untuk melengkapkan prosedur pembayaran, tetapi gagal. Beberapa ketika kemudian, dia menyedari akaun banknya kosong.”

- Advertisement -

Katanya, kes itu disiasat kerana menipu.

Ramli menggesa orang ramai untuk mengelak daripada memuat turun aplikasi atau pautan yang tidak disahkan yang dikongsi oleh orang yang tidak dikenali, atau memberikan butiran perbankan kepada pihak ketiga yang tidak diketahui.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img