SAN FRANCISCO — Twitter Inc membuat pemberhentian pekerjanya dalam sektor yang mengendalikan kandungan global yang berkaitan dengan ucapan kebencian dan gangguan, menurut petikan berita dari Bloomberg semalam.
Pekerja yang terlibat adalah di pejabat Dublin dan Singapura kata laporan itu.
Twitter kini dimiliki oleh Elon Musk termasuk Nur Azhar Bin Ayob, seorang yang baru diambil bekerja sebagai ketua integriti Twitter untuk rantau Asia-Pasifik, dan Analuisa Dominguez, pengarah kanan dasar pendapatan Twitter, lapor Bloomberg.
Pasukan pekerja yang mengendalikan dasar mengenai maklumat salah, rayuan global dan media kerajaan di Twitter itu juga telah diberhentikan, tambah laporan itu.Twitter memberhentikan kira-kira 3,700 pekerja pada awal November dalam langkah penjimatan kos oleh Elon Musk, dan ratusan lagi pekerja telah meletak jawatan secara sukarela.
Syarikat itu juga telah dikenakan tindakan undang-undang bulan lalu yang mendakwa syarikat media sosial itu dikatakan sengaja memberhentikan pekerja wanita majoritinya.