spot_img
spot_img

Semua perlu bertanggungjawab bagi memastikan kerajaan stabil

spot_img

KUALA LUMPUR: Kerajaan yang stabil yang mampu melaksanakan dasar yang baik akan menarik pelabur asing, kata Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar. Pelabur asing dan juga para usahawan tempatan pastinya mengharapkan keadaan negara yang stabil untuk terus membuka perniagaan, berinovasi dan secara tidak langsung memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Tan Sri Abdul Wahid Omar 

Semua pihak harus bertanggungjawab untuk memastikan keadaan negara kekal stabil, bukan meletakkan cita-cita politik di tempat yang teratas selepas pertandingan pilihanraya, tetapi kini harus bekerja untuk mengutamakan masa depan negara supaya pulih dan maju.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menguji majoritinya di Parlimen dalam masa kira-kira dua minggu. Walaupun tarikan sokongan individu ahli parlimen seperti SD tidak akan diguna pakai lagi, namun keyakinan ramai akan dilihat pada tahap kepercayaan ahli-ahli parlimen kepada kepimpinan Perdana Menteri.

- Advertisement -

Ditanya mengenai harapan beliau kepada jemaah menteri kabinet, Wahid berkata negara mesti meneruskan usaha untuk mencapai wawasan kemakmuran bersama. Untuk mencapainya, ia memerlukan bantuan perkhidmatan awam yang berwibawa. Kakitangan awam memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan jentera kerajaan selepas dasar dilaksanakan.

Semalam, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri memberi sokongan kepada kerajaan perpaduan selepas kunjungan hormat beliau kepada Anwar. Ini menunjukkan ‘blok Ismail’ yang kononnya mengikut PN telah memberi keyakinan penuh kepada kerajaan hari ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img