spot_img
spot_img

7 Fokus Nga Kor Ming di KPKT

spot_img

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming akan memfokuskan tujuh agenda utama untuk digerakkan dengan berkesan sebagai teraju baharu di kementerian itu.

Kor Ming berkata, beliau juga akan memastikan lebih banyak libat urus dijalankan dengan pelbagai pihak bagi membantu KPKT dalam membuat perancangan lebih menyeluruh, berfokus dan memberi manfaat lebih baik kepada semua.

“Fokus pertama adalah membangun dan memperkasa peranan kerajaan tempatan agar lebih berintegriti dan berwibawa supaya dapat memberikan perkhidmatan lebih efisien. Seterusnya membangun potensi pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai organisasi kukuh kewangan dan merancakkan ekonomi setempat.

- Advertisement -

“Selain itu, ia membabitkan perancangan perumahan yang lebih komprehensif dengan mengambil kira isu-isu pemilikan dan pembinaan rumah serta kumpulan sasar, meningkatkan pemerkasaan komuniti dalam pembangunan bandar dan pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif dengan meningkatkan kaedah pengurusan ‘waste to energy’.

“Fokus turut diberikan dengan memperkukuh agenda bandar pintar dan bandar selamat selain kesiapsiagaan kebombaan dan penyelamatan supaya dapat memberi perkhidmatan secara cepat dan berkesan termasuk peralatan, penambahan balai serta peningkatan pasukan itu sendiri,” katanya menerusi sidang media pertama beliau di sini hari ini.

Terdahulu, Kor Ming mengimbas kad perakam waktu pada pukul 8.50 pagi sekali gus secara rasmi memulakan tugasnya sebagai Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan dan disambut oleh Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman Taib serta pengurusan kanan KPKT.

- Advertisement -

Kor Ming berkata, beliau juga akan meneliti program-program yang sedang dalam perancangan dan pelbagai peringkat pelaksanaan selain akan meneruskan program-program yang baik.

“Saya pasti sudah banyak pencapaian baik yang telah dilaksanakan oleh kementerian di bawah kepimpinan terdahulu, pastinya saya akan turut memberi tumpuan kepada nilai tambah serta memperkenalkan beberapa inisiatif baharu yang akan diterapkan kemudian sebagai agenda utama. Saya berharap dengan sinergi pasukan baru ini, saya akan turut diberi peluang untuk memimpin dengan baik demi memartabatkan agenda negara,” jelasnya.

Utusan Malaysia

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img