spot_img
spot_img

Kura-kura gergasi tertua sambut hari lahir yang ke 190

spot_img

VICTORIA, Seychelles, 3 Dis — Ia dilahirkan tidak lama selepas Napoleon mati, dan kini secara rasminya merupakan haiwan darat tertua di dunia.

Jonathan the Seychelles Giant Tortoise sedang meraikan ulang tahunnya yang ke-190 — anggaran lebih kurang — di St Helena di pedalaman Atlantik Selatan, tempat di mana maharaja Perancis yang mati dalam buangan pada tahun 1821.

Jonathan, dipercayai berdasarkan ukuran cangkerang, telah ditetas (dilahirkan) sekitar tahun 1832, dan ia dibawa ke wilayah luar negara UK dari Seychelles 50 tahun kemudian.

- Advertisement -

Ia menjalani kehidupan yang selesa di Plantation House, kediaman rasmi gabenor St Helena, di mana hari lahirnya diraikan dengan acara sepanjang hujung minggu termasuk pengeluaran setem khas buat kura-kura gergasi itu.

Sambutan itu memuncak pada hari Ahad dengan “kek hari jadi” yang dibuat daripada makanan kegemaran Jonathan.

Ia sangat menyukai lobak merah, salad, timun, epal dan pear, menurut penjaganya yang ditemuramah oleh AFP pada tahun 2017 lalu.

- Advertisement -

Walaupun usianya sudah lanjut, ia juga menyukai seekor kura-kura betina yang bernama Emma, yang hanya berusia 50-an.

“Jonathan masih menyukai kura-kura betina itu dan saya telah mendengarnya dengan kerap ia bersama Emma dan Jonathan merengus,” kata gabenor Lisa Phillips ketika itu.

Pada awal tahun ini, Jonathan telah diberi gelaran oleh Guinness World Records sebagai haiwan darat tertua yang masih hidup di dunia, dan bulan ini juga dinamakan sebagai kura-kura tertua yang pernah hidup.

“Apabila anda fikir, jika dia ditetas pada tahun 1832 – era Georgia – sudah tentu banyak perubahan dalam dunia dilalui Jonathan,” kata Joe Hollins, seorang doktor haiwan bersara yang merupakan penjaga utama Jonathan hari ini.

“Perang dunia, kebangkitan dan kejatuhan Empayar British, banyak gabenor, raja dan permaisuri yang telah pergi, ia agak luar biasa,” katanya.

“Dan Jonathan masih di sini, menikmati kehidupan dirinya sendiri.”

Walaupun mereka berharap Jonathan hidup untuk beberapa tahun lagi, pihak berkuasa St Helena telah pun membuat rancangan untuk kematian Jonathan yang dihormati itu: cangkangnya akan dipelihara untuk tontonan generasi seterusnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img