spot_img
spot_img

Dasar sekular DAP dan liberal PKR mewujudkan Islamophobia

spot_img

SHAH ALAM : PAS SELANGOR melihat trend anti Islam atau Islamophobia yang berkembang di negara ini banyak berakar daripada pemikiran sekular dan liberal, iaitu dua dasar utama Pakatan Harapan (PH).

Fenomena ini bukanlah satu perkara baru, tetapi ia telah berkembang pesat sejak akhir abad ke-20 kerana adanya parti-parti politik yang mendukung dasar-dasar ini.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Mohd Fadli Ghani berkata walaupun fahaman sekular telah ditolak di Eropah, bahkan telah runtuh di Turki, para pemimpin DAP saban hari berusaha mempromosikan pemikiran yang memisahkan politik daripada agama ini.

- Advertisement -

“Satu masa dahulu, fahaman ini sangat tebal dalam Umno, tetapi sejak kebelakangan ini ia telah berkurang, tetapi masih berpengaruh. Dasar sekular telah menyebabkan rakyat hidup bebas tanpa mempedulikan peraturan agama, sehingga turut memberi kesan buruk terhadap umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain dasar sekular, promosi terhadap kebebasan melampau telah dibuat oleh kelompok liberal termasuk menaja gerakan seks bebas seperti LGBT dan penolakan terhadap hukum-hukum Islam, selain melakukan kritikan-kritikan terbuka ke atas agama Islam, kononnya di atas nama kebebasan individu.

Jelas Mohd Fadli, Gerakan liberal, termasuk Islam Liberal telah menjadi penyakit masyarakat yang baru, terutama di kalangan umat Islam. PKR yang turut menjadi anggota Gerakan Liberal Antarabangsa menjadi penaung utama terhadap gerakan-gerakan liberal di negara ini.

- Advertisement -

Tambah beliau, peranan parti-parti politik dalam PH dalam menaungi kumpulan-kumpulan sekular dan liberal telah menyebabkan pemikiran anti Islam semakin membiak dan merebak di negara ini.

“Pendukung kedua-dua aliran ini tidak mempedulikan kepentingan masyarakat dan negara dalam memperjuangkan tuntutan mereka. Mereka meletakkan hak individu mengatasi hak masyarakat, dan lebih mengutamakan hak berbanding tanggungjawab,” katanya.

Pemikiran seperti ini sebenarnya tidak relevan di negara ini yang telah terbangun daripada masyarakat yang sangat menghormati kehidupan harmoni.

Di atas sebab itulah, PAS Selangor melihat pandangan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengenai ancaman Islamophobia yang digerakkan oleh beberapa buah parti politik sangat penting untuk dipertegaskan.

Musuh-musuh politik PAS itu sering kali menimbulkan isu-isu yang bersifat anti Islam atau menimbulkan ketakutan masyarakat terhadap Islam, kononnya untuk menjarakkan masyarakat dengan PAS.

Perkara ini jika tidak ditangani dengan bijaksana, ia akan memberi kesan buruk kepada kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.

PAS Selangor mendesak supaya parti-parti politik tidak lagi mempromosikan pemikiran sempit yang tidak sesuai untuk negara seperti ini, sebaliknya lebih menekankan kepada usaha untuk mewujudkan perpaduan masyarakat dan menyatukan rakyat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img