spot_img
spot_img

Anwar dan PH mula ambil tindakan undang-undang kepada ‘pemfitnah’

spot_img

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH) dilihat telah mula mengambil langkah tegas bagi membendung kempen keterlaluan pihak lawan. Hari ini, Anwar telah mengeluarkan surat tuntutan kepada ahli parlimen PAS Baling Hassan Saad untuk memohon sama ada tidak terlibat dalam klip audio yang didakwa berunsur fitnah atau membuat permohonan maaf.

Dalam surat undang-undang setebal lapan muka surat yang dikeluarkan oleh peguam Anwar, mereka mendakwa Hassan telah mengeluarkan video pada 27 November lalu atau bertanggungjawab menyebabkan klip audio tersebut tular di akaun Twitter “Mohd Ropi Mat Sin”.

Peguam Anwar berkata bahawa klip audio ini kemudiannya dikongsi oleh pengguna Twitter “Pemikir Malaysia”, dan ia telah dilihat 431,500 kali dan dikongsi 3,300 kali dan dikongsi semula sehingga 1,400 kali.

- Advertisement -

Dalam kandungan klip audio itu, peguam Anwar berkata ia membawa dakwaan fitnah terhadap Anwar dengan mendakwa kononnya beliau berhubung dengan Israel atau musuh negara dari pihak negara asing. Anwar menafikan dan video itu berniat jahat dibuat terhadap dirinya.

Hingga kini Hassan masih belum menafikan penglibatannya pada video tersebut. Tambah peguam Anwar lagi, jika Hassan menafikan terlibat dalam klip audio itu, beliau perlu membuat pengesahan secara terbuka dan membuktikan kepada Anwar atau peguamnya untuk mengatakan bahawa beliau tidak mengucapkan atau menyebabkan penerbitan perkataan fitnah dan klip audio.

Peguam Anwar berkata Hassan akan dianggap mengakui penglibatannya dalam klip audio itu jika tiada penafian diterima dalam tempoh tiga hari selepas menerima surat tuntutan ini, yang bermaksud tindakan undang-undang akan dimulakan terhadapnya.

- Advertisement -

Anwar juga menuntut Hassan segera dan secara terbuka membuat penarikan balik tanpa syarat terhadap klip audio berunsur fitnah itu, serta membuat permohonan maaf tanpa syarat untuk disiarkan dalam akhbar dan media pilihan Anwar dan membuat aku janji bertulis atau berjanji untuk tidak mengulangi dakwaan seperti dalam klip audio tersebut.

Peguam Anwar berkata bahawa kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan mereka mendapatkan perintah injunksi daripada mahkamah dan untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Hassan.

Anwar juga memohon pampasan atas kerosakan serius terhadap reputasinya dan kos perundangan ditanggung sepenuhnya oleh Hassan, dengan peguam Anwar menegaskan bahawa sebarang kegagalan Hassan untuk memberikan jawapan yang memuaskan dalam tempoh tiga hari surat ini diterima akan mengakibatkan tindakan undang-undang.

Peguam Anwar Datuk Sankara Nair menurut sumber dari Malay Mail dan surat tuntutan itu telah pun diposkan kepada Hassan.

Akhbar tempatan New Straits Times malam tadi melaporkan Hassan sebagai mendakwa “tidak tahu” siapa di sebalik klip audio itu dan enggan mengulas lanjut.

Pada masa yang sama, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, pihaknya akan bertindak balas terhadap dakwaan presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam masa terdekat, lapor Utusan Malaysia.

Hadi menuduh DAP sebagai Islamofobia dan PAS dikatakan sedang berusaha untuk melaga-lagakan parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghalang kerajaan perpaduan daripada bekerja sebagai kerajaan yang berkesan.

“Itu memang cuba mencabar DAP. Apa yang kita capai sekarang, kerajaan perpaduan, mereka nak cabar. Kita kena sabar, kita akan buat penjelasan, kalau ada apa-apa yang kita rasa fitnah, kita akan buat laporan polis,” kata Anthony Loke kepada pemberita di Seremban selepas persidangan DUN Negeri Sembilan. Anthony Loke adalah ahli parlimen Seremban dan juga ADUN Chennah.

Tan Sri Abdul Hadi dalam post di Facebook beliau semalam mendakwa DAP telah membangkitkan Islamofobia dan anti-Bumiputera kepada bukan Islam di negara ini dan menuduh PAS sebagai parti ekstremis Islam.

Abdul Hadi turut menggunakan analogi untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Yang Dipertuan Agong (YDPA) melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10, menyamakan keadaan seperti pengadil bola sepak yang memberi masa tambahan untuk pihak yang kalah demi memastikan kemenangan di pihak kalah tersebut.

PH dan BN telah mengetepikan permusuhan antara satu sama lain untuk membentuk kerajaan negeri di Perak dan Pahang dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img