spot_img
spot_img

Penting Zahid berada dalam barisan kabinet kerajaan perpaduan – Tian Chua

spot_img

PETALING JAYA: Walaupun terdapat bantahan untuk melantik individu yang masih menjalani perbicaraan kes di mahkamah untuk menjadi menteri kabinet, Tian Chua, berpendapat bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi harus dikecualikan dari perkara itu, kerana presiden Umno itu telah memainkan peranan penting dalam menubuhkan kerajaan perpaduan.

Bekas naib presiden PKR itu memuji Ahmad Zahid kerana tegas dalam memastikan sokongan Barisan Nasional terhadap kerajaan perpaduan Anwar, kerana terdapat ramai ahli parlimen dalam gabungan Barisan Nasional (BN), khususnya pimpinan Umno yang pada mulanya teragak-agak untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

- Advertisement -

“Ahli Parlimen BN berpecah untuk memilih rakan bagi membentuk kerajaan. Kepimpinan tegas Ahmad Zahid dengan pantas menamatkan kebuntuan itu,” kata Chua dalam satu kenyataan hari ini.

Chua berkata PH telah memilih untuk bekerjasama dengan BN. Beliau mengingatkan apabila bekerjasama, kedua-dua blok itu mesti saling menghormati dan menerima parti-parti dalam kerajaan perpaduan.

“Sekiranya BN mencalonkan pengerusi mereka ke dalam Kabinet, adalah tidak wajar bagi PH untuk memilih-milih siapa yang mereka mahu. Ini akan bertentangan dengan semangat kerjasama dan saling mempercayai,” kata Tian Chua.

- Advertisement -

Pada masa yang sama, Tian Chua berkata pemimpin PH dan BN perlu membina kepercayaan dan keyakinan antara satu sama lain jika mereka ingin mentadbir dengan berkesan.

Tian Chua juga berkata pengalaman Ahmad Zahid dalam kerajaan adalah satu kelebihan dan beliau boleh melengkapkan menteri PH yang tidak berpengalaman.

“Beliau juga boleh menjadi pengantara antara PH dan kakitangan perkhidmatan awam dan memainkan peranan di segmen kerajaan yang lebih konservatif. Beliau juga boleh membantu dalam menstabilkan kerajaan baharu,” kata Tian Chua.

Tian Chua menambah lagi, Ahmad Zahid boleh memainkan peranan berkesan dalam menghubungkan parti komponen lain dalam gabungan besar itu, seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Tian Chua mengakui ada tanggapan bahawa kemasukan Ahmad Zahid dalam barisan Kabinet boleh menjejaskan usaha anti rasuah oleh kerajaan. Namun beliau berkata menjadi menteri kabinet bukanlah imuniti kepada undang-undang dan Ahmad Zahid masih perlu membuktikan dirinya tidak bersalah di mahkamah.

Tian Chua juga berkata sekatan pemimpin-pemimpin tertentu dengan kes mahkamah yang sedang berjalan dan belum dijatuhi hukum untuk memegang jawatan kabinet, tidak secara automatik akan membawa kepada kerajaan yang lebih bersih.

Sebagai contoh, beliau merujuk kepada kerajaan sebelum ini yang tidak mengambil kluster mahkamah ke barisan Kabinet, namun mereka tetap meneruskan amalan rundingan terus (direct nego) dan pilih kasih dalam projek kerajaan.

Untuk memerangi rasuah, Tian Chua berkata perlu ada pembaharuan yang tulen untuk merombak institusi pentadbiran sekarang secara sistematik. Bukan sekadar seperti tidak mengambil gaji Perdana Menteri, kerana menurutnya itu hanyalah imej moral Datuk Seri Anwar sendiri. Ia belum cukup kuat untuk faktor kepada kerajaan yang bersih dan ia tidak meningkatkan keyakinan pelabur di peringkat awal ini.

Sebaliknya, kerajaan harus mengkaji bagaimana untuk mengelakkan semua menteri untuk mengambil rasuah dengan melaksanakan pembaharuan menyeluruh. Oleh itu kata Tian Chua, penting untuk Malaysia mempunyai kerajaan yang kuat dan berkesan.

Tian Chua mengingatkan bahawa PH kini menikmati permulaan yang baik dan jangan sesekali bercanggah dengan BN pada peringkat awal ini.

“Kerjasama antara Anwar dan Ahmad Zahid adalah sangat penting,” tambah Chua.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img