spot_img
spot_img

Anwar tolak kereta Mercedes baru

spot_img

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menolak penggunaan kereta mewah baru, jenis Mercedes-Benz S600 yang dibeli oleh Jabatan Perdana Menteri sebelum perlantikannya.

Ini adalah isyarat terbarunya untuk memastikan usaha dan komitmennya ke arah memulihkan ekonomi negara. Kelmarin, di sidang medianya yang pertama selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 10, beliau juga tidak akan mengambil gajinya sebagai perdana menteri.

- Advertisement -

“Saya mengambil langkah ini kerana tidak mahu sebarang perbelanjaan tambahan (oleh kerajaan) ditanggung untuk kepentingan saya, sebaliknya saya memutuskan untuk menggunakan mana-mana kenderaan yang telah tersedia di pejabat untuk kegunaan harian,” katanya di Instagram malam tadi.

Model S600 itu berharga lebih RM1 juta apabila ia dijual di Malaysia.

Anwar telah mengambil pendekatan berdisiplin dan ‘hemah berbelanja’ sejak pelantikannya sebagai perdana menteri, berulang kali menegaskan bahawa ahli politik yang menyertai pentadbirannya tidak harusp mengejar kekayaan dan kemewahan.

- Advertisement -

Beliau sebelum ini mengingatkan pemimpin politik yang ingin menyertai kerajaan perpaduan di bawah kepimpinannya supaya berpegang teguh pada prinsip terasnya iaitu penolakan rasuah sepenuhnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img