spot_img
spot_img

Alor Gajah : 5 KPI Calon BN jika menang, masa sukar bagi PH

spot_img

ALOR GAJAH: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Alor Gajah, Shahril Sufian Hamdan menetapkan lima petunjuk prestasi utama (KPI – Key Performance Index) sebagai manifesto bagi membolehkan masyarakat setempat menilai prestasinya sebagai wakil rakyat, jika menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO itu berkata, lima KPI tersebut boleh diukur dalam tempoh enam bulan, setahun, empat tahun dan lima tahun.

- Advertisement -

KPI tersebut ialah penyediaan peluang pekerjaan, peningkatan gaji penduduk, infrastruktur, kualiti pendidikan serta aspek kebudayaan dan adat resam. Shahril juga turut bercadang melaksanakan sesi dialog awam setiap dua atau tiga bulan selepas bergelar Ahli Parlimen Alor Gajah kelak. Dalam sesi tersebut akan dibentangkan perkara yang berjaya atau gagal dilakukannya serta membolehkan masyarakat berdialog secara langsung.

Shahril yang juga Ketua Penerangan UMNO ditentang tiga lawan iaitu penyandang kerusi daripada Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof; calon Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari dan calon Gerakan Tanah Air (GTA), Muhammad Nazriq Abdul Rahman.

Bagi calon Pakatan Harapan (PH) pula, Adly Zahari situasi di Melaka kini tidak sama lagi seperti PRU14 dahulu. PH yang begitu sinonim me­nguasai kerusi-kerusi bandar tidak boleh mendabik dada lagi, berikutan perubahan demografi pengundi serta strategi lawan.

- Advertisement -

Di Parlimen Alor Gajah sebagai contoh PH mungkin tidak lagi relevan selepas penyandang Datuk Mohd Redzuan Md Yusof bertanding di atas tiket Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) juga meletakkan calon Melayu dari UMNO.

Parlimen Alor Gajah yang menjadi pertembungan di antara calon-calon heavyweight. Asalnya kawasan berkenaan adalah medan pertempuran rasmi antara MCA dengan DAP, namun kini berubah menjadi pentas perebutan oleh empat calon Melayu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img