London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

PM baru UK, muda dan berketurunan Asia

spot_img

Siapa Rishi Sunak? Ini adalah perkara yang anda perlu tahu tentang perdana menteri Britain yang terbaru.

Sangat kaya, muda dan berketurunan Asia yang pertama menjadi perdana menteri Britain, Rishi Sunak juga akan mencipta sejarah sebagai penganut Hindu pertama yang memimpin negara Kristian itu.

Lelaki yang akan menjadi perdana menteri UK yang ke-57 pada hari Selasa ini lebih kaya daripada Raja England. Baru berusia 42 tahun, lebih muda daripada setiap Perdana Menteri sebelum ini kecuali William Pitt the Younger yang menjadi Perdana Menteri Britain pada tahun 1801.

- Advertisement -

Rishi Sunak dilahirkan di Southampton pada tahun 1980 kepada ibu bapa berketurunan India yang telah berpindah ke UK dari Afrika timur. Bapanya seorang Pegawai Perubatan dan ibunya menjalankan farmasinya sendiri. Anak sulung daripada tiga orang anak, Rishi Sunak mendapat pendidikan di sekolah berasrama penuh swasta, Kolej Winchester, yang menelan belanja kira-kira £43,335 (RM200,000) setahun untuk dihadiri. Beliau menjadi ketua pengawas, dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah membuat pelbagai sumbangan lebih £100,000 kepada sekolah itu.

Sunak melanjutkan pelajaran dalam bidang politik, falsafah dan ekonomi di Universiti Oxford. Beliau dianugerahkan ijazah kelas pertama. Beliau kemudiannya mendapat ijazah sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) di Universiti Stanford, di mana dia bertemu Akshata Murty, isterinya.

Isteri beliau, Akshata Murty, 42, adalah anak perempuan bilionaire India NR Narayana Murthy, yang digelar sebagai Bill Gates of India, yang mengasaskan syarikat perisian (software) Infosys. Menurut laporan, anak perempuannya mempunyai 0.91% kepentingan dalam syarikat itu, yang bernilai kira-kira £700m (RM3.5 bilion).

- Advertisement -

Pasangan itu berkahwin di bandar asalnya di Bengaluru dalam majlis dua hari pada 2009 yang dihadiri 1,000 tetamu. Mereka mempunyai dua anak perempuan, Krishna dan Anoushka. Kontroversi isteri Rishi Sunak pada tahun ini ialah apabila dia didapati bukan seorang pemastautin UK, yang membolehkan dirinya mengelak cukai UK ke atas pendapatan antarabangsanya.

Tanpa status pemastautin itu, dia mungkin mengelak lebih daripada £20 juta cukai UK ke atas dirinya, dilaporkan. Selepas bantahan awam, jurucakapnya mengumumkan dia akan mula membayar cukai UK ke atas pendapatannya di luar negara untuk melegakan tekanan politik ke atas suaminya.

Namun, kekayaan gabungan Rishi Sunak dan isteri dianggarkan berjumlah £730m, dua kali ganda daripada anggaran kekayaan £300m-£350m Raja Charles III dan Permaisuri Camilla. Mereka memiliki empat hartanah yang tersebar di seluruh dunia dan bernilai lebih daripada £15 juta.

Rishi Sunak telah bertukar daripada Ahli Parlimen kepada perdana menteri dalam masa tujuh tahun sahaja – lebih pantas daripada mana-mana PM lain di era moden. David Cameron mencapai tahap yang sama dalam tempoh sembilan tahun, tetapi sekali lagi, Pitt the Younger memegang rekod keseluruhan dengan hanya dua tahun.
Laluan Sunak ke puncak tidak begitu lancar. Selepas tewas kepada Liz Truss dalam undian ahli Tory pada 5 September, dia dijangka akan hilang daripada dunia politik, kali terakhir bercakap di Dewan Rakyat sehari selepas Truss menjadi PM. Tetapi apabila pemotongan cukai Truss yang membawa bencana dan tidak disokong oleh ahli parlimen, Rishi Sunak telah bersedia dengan sokongan penyokongnya yang dia kumpulkan sepanjang kempen musim panas lalu.

Rishi Sunak bercita-cita mahu mewujudkan ekonomi UK yang sangat produktif dan menyokong cukai yang rendah tetapi ia mesti berpatutan.

Sebagai seorang pelajar, Rishi Sunak mempunyai kawan dari golongan bangsawan, rakan kelas atasan dan rakan kelas pekerja.

Rishi Sunak bertemu Raja Charles pada hari ini dan secara rasmi dinamakan perdana menteri. Beliau kemudiannya memberi ucapan di Downing Street.

Perdana Menteri Britain baru ini akan menghadapi cabaran dalam menyelesaikan ekonomi UK dan inflasi negara yang meningkat di mana matawangnya jatuh lebih rendah berbanding US Dollar. Di samping perang Ukraine yang menjejaskan ekonomi Eropah secara keseluruhan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img