spot_img
spot_img

Selesai masalah silibus pendidikan segera – Dr Anuar Ahmad

spot_img

KUALA LUMPUR: Rakyat mahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyelesaikan segera isu silibus pendidikan negara namun sejauh mana rakyat memahami apa masalah sebenar dalam silibus pendidikan kita?

Pensyarah Kanak Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Anuar Ahmad berkata jika ibubapa gagal bezakan isu silibus sekolah, kesan akhir tentulah pada pembelajaran anak-anak kelak.

“Kita tentu tak mahu tahap pemikiran, pengetahuan dan kemahiran anak kita kekal rendah. Sebab itu aras kesukaran silibus mestilah sesuai dengan murid.

- Advertisement -

“Tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Sebab itu silibus kena fleksibel. Sudah berulang kali saya tulis tentang silibus yang flexibel,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Tambah beliau, pihak KPM sepatutnya membenarkan guru-guru yang menentukan tahap dan aras kesukaran pada murid-murid dan guru mesti diberikan autonomi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) .

“Jika guru rasa silibus terlalu tinggi untuk murid-muridnya, rendahkanlah. Jika ada guru yang merasakan murid-muridnya sudah faham asas, maka tinggilah aras silibus. Ini autonomi guru,” jelasnya.

- Advertisement -

Dr Anuar berpendapat, pihak KPM seharusnya tingkatkan kemahiran 3M murid-murid tahap satu sekolah rendah terlebih dahulu dan janganlah saratkan berbagai silibus sehingga guru-guru tidak sempat untuk mengadakan berbagai aktiviti kerana kejar kandungan silibus.

“Selepas 3M dipertingkatkan, fokus KPM ialah KURANGKAN kandungan silibus semua subjek sekolah rendah. Bukan RENDAHKAN silibus. Kalau KPM berani (saya yakin tidak) mansuhkan sahaja beberapa subjek sekolah rendah dan jika sangat perlu pun, sepadu kan sahaja dalam subjek teras,” jelasnya.

Dr Anuar menyarankan KPM untuk memberikan lebih banyak masa untuk guru mengajar subjek teras (3M).

“Bayangkan selepas silibus dikurangkan, lebih fleksibel, guru matematik yang ada autonomi PdP diberikan 10 jam seminggu berbanding 2 jam setengah seminggu sekarang. Agak-agak bagaimana penguasaan matematik anak-anak kita nanti?” katanya.

Beliau turut menjelasnya isu sebenar dengan silibus pendidikan negara bukanlah kerana arasnya terlalu tinggi, sebaliknya kandungan silibus yang terlalu padat.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img