spot_img
spot_img

KJ bertanding di kerusi musuh BN

spot_img

SEREMBAN, 21 Okt — Menteri Kesihatan care taker Khairy Jamaluddin hari ini menonjolkan dirinya sekali lagi sebagai gentleman dalam UMNO di mana beliau bersedia untuk bertanding di kerusi Parlimen musuh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Khabarnya kerusi itu sedang dinilai oleh pucuk pimpinan BN, Khairy bagaimanapun mengesahkan ia adalah kawasan yang dimenangi oleh parti Pembangkang dan bukan kerusi selamat.

Beliau berkata demikian selepas temubual dengan wartawan semasa program Peranti Pelajar Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seremban di sini hari ini .

- Advertisement -

Khairy yang merupakan ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal, dipuji berkorban untuk parti UMNO kerana memberi laluan kepada timbalan presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding di kawasan itu.

Menurut sumber kepimpinan tertinggi UMNO, mereka tidak akan membiarkan menteri kesihatan itu itu pudar kerana beliau merupakan seorang pemimpin muda yang berkaliber.

Khairy berkata beliau bersedia menerima cabaran dan memikul tanggungjawab yang diamanahkan parti untuk menawan kerusi itu pada PRU15.

- Advertisement -

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian PRU15 dengan hari penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img