spot_img
spot_img

Undi BN jika mahu Bajet 2023 menjadi realiti – Ismail Sabri

spot_img

PUNCAK ALAM : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru rakyat memilih beliau dan kabinetnya jika mahu Bajet 2023 menjadi kenyataan.

Perdana menteri sementara yang juga naib presiden Umno berkata Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan sementara Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 7 Okt, adalah yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia.

“Jika anda mahukan bajet yang sama, pastikan saya dan kerajaan baharu dipilih oleh anda. Jika tidak, ia menjadi bajet yang tidak diluluskan. Jika orang lain mengambil alih (kerajaan), kita tidak pasti mereka mahu membentangkan bajet yang sama.

- Advertisement -

“Kita bukan menabur janji kosong tidak seperti sesetengah pihak yang mendakwa tol akan dimansuhkan atau harga petrol akan turun.

“Kami merangka bajet tersebut berdasarkan kapasiti kewangan yang bermakna wang itu sudah sedia dan ia dalam keadaan siap sedia (untuk dikeluarkan).

“Apabila bajet diluluskan, ia boleh segera dikuatkuasakan dan wang itu akan diagihkan.

- Advertisement -

“Kalau awak nak bajet tu, awak pilih siapa? Saya tidak boleh berkempen jadi saya tidak boleh sebut, tetapi mendengar apa yang anda katakan, saya bersetuju sepenuhnya dengan anda,” kata Ismail Sabri disambut sorakan ribuan pengunjung di Karnival Usahawan dan Koperasi di Puncak Alam hari ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img