spot_img
spot_img

PRU 15 : Kenapa kerajaan campuran gagal di negara ini ?

spot_img

Tun Dr Mahathir sememangnya negarawan yang banyak membawa kebaikan dan sejarah kecemerlangan kepada negara. Bukan sahaja dari segi kemajuan, sukan, tumpuan dunia, malahan come back in politic juga tidak terkecuali mengejutkan negara. Tanggal Mei 2018, Pakatan Harapan (PH) yang diketuai beliau menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berkuasa sejak merdeka. Dr. Mahathir Mohamad pada awal pagi mengumumkan PH mendapat majoriti dan menubuhkan kerajaan baharu. Begitu sharp nya beliau.

Saya masih ingat pada malam itu, berada di tengah-tengah Kuala Lumpur menanti detik keputusan PRU14, suasana sunyi sepi. Tular dikatakan apabila BN tumbang, akan berlaku huru-hara jalanan. Alhamdulillah rakyat Malaysia yang beragama Islam tenang dan bangun kepada realiti dan harapan baru pada keesokan harinya.

PH adalah pakatan yang lahir daripada kebencian memuncak terhadap BN dan bukan kecintaan antara pemimpinnya untuk bersama membina negara. Ya mungkin ada ucapan politik mereka untuk membangunkan ummah dan sebagainya, tetapi ia lebih dilihat sebagai dendam kepada pemimpin-pemimpin lama UMNO yang dikatakan kaya, korup dan salah guna kuasa. Ironinya juga, ketua-ketua PH yang utama pada ketika itu semuanya daripada UMNO.

- Advertisement -

Malah dalam PH itu sendiri, ramai pemimpin yang dipenjara ketika Dr. Mahathir mengetuai kerajaan. Ada dikenakan pelbagai tekanan. Tetapi Tun Dr Mahathir berjaya menyatukan musuh politiknya ini di bawah command beliau. Inilah kehebatan Bersatu pada ketika itu, parti baru dan kecil, kemudian diambil alih oleh Perdana Menteri Langkah Sheraton, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selepas itu, Bersatu terus lemah dan kalah di setiap PRK dan PRN.

Anwar Ibrahim dijanjikan jawatan perdana menteri, tetapi terus menjadi ‘bakal Perdana Menteri’. DAP yang menang besar kerusi parlimen merupakan parti dominan dalam PH. Semua portfolio kementerian penting diberikan kepada mereka.

Apabila Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri de­ngan sokongan mereka yang lompat dari PH dan parti-parti tewas dalam PRU14 iaitu BN dan Pas, maka tertubuhlah kerajaan yang digelar ‘kerajaan pintu belakang atau kerajaan tebuk atap’. Kerajaannya tidak lama. Penyokong Muhyiddin berkata jika tidak kerana beliau, Perdana Menteri Langkah Sheraton adalah Anwar Ibrahim. Dalam erti kata lain, sesama mereka sebenarnya tidur bersama tetapi mimpi berlainan sejak dari mula. Musuh kekal walaupun satu kem. Kini Tun Mahathir boleh berkata kepada Muhyiddin Yassin, ‘I told you so‘ .. (kesukaran di dalam membendung kuasa en bloc UMNO)

- Advertisement -

Seperti dijangka, pakatan yang dibina hanya untuk menyokong menjadi perdana menteri bertahan 18 bulan sahaja. Ia akhirnya berkubur selepas beberapa pemimpin UMNO menarik sokongan, sekali gus membawa kepada pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri ke-9.

Skrip sama, kisah sama dan pengakhiran sama. Ismail Sabri juga akhirnya membubarkan kerajaan PN selepas 14 bulan. Sebabnya Kabinet yang ada tidak lagi sehaluan selepas 12 menteri membelakangkan perdana menteri dan mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menghalang PRU15.

Sumber rapat dengan kerajaan berkata Ismail Sabri adalah perdana menteri tetapi menteri dalam Kabinet yang lebih ramai dari Bersatu mendengar arahan daripada Presiden Bersatu. Menteri Pas juga ada presidennya yang ada agenda sendiri.

Mustahil ada keharmonian jika satu kapal yang ada tiga nakhoda. Kehancuran adalah pasti seperti mana dua kerajaan campuran sebelumnya.

Formula kerajaan campuran di negara ini gagal bukan kerana kelemahan pentadbiran. Ia gagal kerana objektifnya tidak sama, bukan untuk negara. Apa yang ada adalah obsesi masing-masing untuk menjadi perdana menteri.

Atas pengalaman inilah BN UMNO bertegas untuk mempertaruhkan bergerak secara solo. Jika ada gabungan pun, Perdana Menteri telah berkata bahawa selepas PRU15 barulah akan diperbincangkan.

Selagi setiap pemimpin parti dalam kerajaan campuran merasakan dia sepatutnya jadi perdana menteri dan kegilaan jawatan perdana menteri ini tidak berakhir, resipi kerajaan campuran membabitkan parti utama akan berterusan gagal seperti tiga kerajaan terdahulu.

Tiba masanya, ada pemimpin mengatakan “masa ku sudah berakhir.” Negaraku lebih besar daripada obsesiku. Rakyat perlu mengundi kepada kestabilan, integriti dan membawa kemajuan. Lihat dan pilih yang manakah paling ada banyak ketiga-tiga faktor tersebut. Tiada parti atau gabungan yang sempurna. Tetapi ada yang terbaik dari kalangan mereka.

Selamat menunaikan kewajipan mengundi di PRU15.

Pendapat peribadi editor tidak melambangkan pendirian rasmi Berita Tular

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img