spot_img
spot_img

PRU15 : Sukar gabungan PN-GTA-PH

spot_img

PUTRAJAYA – Gabungan politik PRU15 antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dilihat bukan mudah untuk dicapai, menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Walaupun Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah berkata bersedia untuk kerjasama itu, namun cadangan tersebut perlu di bawa ke mesyuarat tertinggi parti sebelum dibincangkan bersama parti komponen Perikatan Nasional (PN).

Dalam perkembangan berkaitan, dua hari lepas, Bersatu telah membuat ketetapan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan PH dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pengunguman itu dikeluarkan oleh Presiden Bersatu.

- Advertisement -

Muhyiddin yang juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, Bersatu bersedia untuk menghadapi pertandingan pelbagai penjuru dalam PRU15 melibatkan PN, BN, PH dan parti-parti politik lain yang akan bertanding.

Pendirian PN juga sama dengan PAS di mana mereka tegas menolak PH sekeras-kerasnya kerana dipenuhi dengan pelbagai masalah melibatkan pelbagai golongan seperti DAP, anti-Islam, LGBT, Komunis, pengkhianat serta pemberi dan penerima rasuah.

 

- Advertisement -

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img